BILA PILIHANRAYA KAMPUS PUN DIPERTIKAI!


Setelahperhimpunan bersih melalui dua edisi, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yangmasing-masing telah diadakan pada  9Julai 2011 dan 28 April 2012 yang lalu. Malah Bersih edisi 2 dan 3 adalah rentetan edisi pertama yang diadakanpada 2007.

PadaJulai yang lepas pula, mahkamah memutuskan bahawa Bersih 2.0 adalah sahdaripada segi peruntukan undang-undang. Namun selepas itu label oleh ‘menteri yang itu’ bahawa bersih yang kotormenghiasi pula kaca televisyen milik penguasa.

Lapantuntutan yang dikemukakan sejak 2007 seolah-olah menjadi momokan denganpelbagai alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Barisan Nasional.  Tuntutan bagi membersihkan senarai undi,mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, masa berkempen minima selama21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuahpolitik dan hentikan politik kotor.

PadaSeptember 2011, Kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas BerhubungPenambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), yang  dianggotai 5 ahli parlimen Barisan Nasional, 3ahli parlimen  pembangkang dan seorangahli parlimen Bebas.  Sebanyak 22cadangan dikemukakan oleh jawatankuasa ini namun hanya 18 daripadanya diterima.

Perlantikan jawatankuasa sudah berlalu dengan cadangan, namun apayang menjadi persoalan ialah adakah cadangan-cadangan yang dikemukakan iniditerima dan digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sempena Hari Malaysia semalam, seramai 800 orang mahasiswamenyertai perarakan bagi menuntut pilihanraya kampus yang bersih danberintegriti.  Enam tuntutan yangdikemukakan oleh kumpulan mahasiswa ini adalah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibatmenguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasanberkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.

Kelihatannya bukansahaja tuntutan pilihanraya umum yang bersih seperti tuntutan oleh lebih 80badan bukan kerajaan yang menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 malah kinituntutan bersih juga meliputi pilihanraya kampus seperti yang dilaungkan olehpara mahasiswa. 

Walaupun 800 orangmahasiswa yang menyertai perarakan semalam mungkin tidak dianggap mewakilikeseluruhan bilangan mahasiswa di negara ini, namun suara minoriti seramai 800orang tentulah mewakili hasrat dan aspirasi bagi melahirkan pilihanraya kampusyang lebih berintegriti.

Jika para mahasiswayang belajar di universiti di negara ini mampu menyuarakan pandangan dantuntutan mereka bagi melaksanakan pilihanraya kampus yang lebih berintegriti,apakah badan-badan seperti Institut Intergriti Malaysia dan Suruhanjaya IntegritiAgensi Penguatkuasaan (SIAP) tidak mampu atau berkuasa mendesak SPR dan pihak universitiuntuk memberi jaminan bahawa pilihanraya kampus dan pilihanraya umum di negarakita benar-benar ‘bersih’ dan tidak menimbulkan keraguan.

SuruhanjayaPilihanraya (SPR) seperti ‘pekak badak’ dengan tuntutan pembersihan senaraipengundi sehingga memaksa Selangor membuat kenyataan bahawa terdapat ratusanribu pengundi baru yang meragukan.  

Apakah SPR akan terus memekakkan telinga dan enggan benar-benar berusahauntuk memastikan pilihanraya umum di negara ini benar-benar bersih jiwa danraga!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
malaysia boleh..
anep berkata…
lepas ni 800 org siswa tu kena buang universit ke?
SIS berkata…
semakan nama sy di SPR pun mengelirukan...alamat di ic saya dan mak adalh di selangor..dan mak mengundi masa PRU ke12 dulu pun di selangor..tapi semakan secara online di SPR menyatakan Parlimen bercanggah...apa daaa...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?