BAJET TALIAN HAYAT?


Belanjawan 2013 telah selamat dibentangkan pada Jumaat yang lepas.  Pelbagai insentif baru kepada rakyat telah diperkenalkan dalam belanjawan ini.

Apa yang menarik mengenai pembentangan pada kali ini adalah apa sahaja yang diumumkan oleh pihak Kerajaan akan dilihat sebagai umpan pilihanraya sama ada disukai atau tidak.

Menariknya adalah pembukaan dan perluasan jelapang padi negara yang baru selain di Kedah dan di Selangor adalah di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan.  Pembukaan dan perluasan ini akan menghasilkan 104,000 tan metrik dengan penyertaan oleh 12,237 pesawah dan tambahan kawasan seluas 19,000 hektar.  Tindakan ini adalah wajar bagi mengurangkan kebergantungan import beras daripada luar.

Bantuan BR1M pusingan kedua juga diperkenalkan dengan cakupan pemberian kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 dengan bantuan RM250.  Selain itu, pemberian rebat pembelian telefon pintar sebanyak RM200 kepada mereka yang berusia di antara 21 dan 30 tahun dan berpendapatan di bawah RM3000.

Baucer buku yang diterima oleh pelajar institusi pengajian tinggi juga diteruskan dengan kenaikan kepada RM250 berbanding RM200 sebelum ini.  Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga diteruskan mulai Januari 2013.

Jika diteliti, pembentangan Belanjawan 2013 meliputi semua segmen masyarakat di semua peringkat umur, warga emas, golongan muda, kakitangan awam, para petani, dan nelayan.  Mungkinkah ini strategi Kerajaan Barisan Nasional bagi memenangi hati rakyat khususnya menjelang Pilihanraya Umum 2013. 

Walaupun menafikan bahawa belanjawan pada kali ini adalah berorientasikan pilihanraya, namun bagi kebanyakan rakyat tentulah menyedari ‘gula-gula’ politik yang didatangkan dalam pelbagai bentuk bantuan dan rebat.

Sebagai rakyat tentulah tidak perlu menolak sebarang pemberian bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan namun bolehkah ini meyakinkan rakyat untuk terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini selepas lebih lima dekad memerintah?

Dasar kerajaan memberikan imbuhan dalam bentuk seperti BR1M, BB1M dan BP1M sebenarnya bukanlah penyelesaian masalah yang bersifat jangka panjang, pemberian bantuan dan rebat kepada golongan muda juga tidak dilihat sebagai penyelesaian peningkatan kos sara hidup khususnya di kawasan bandar.

Pihak seperti CUEPACS tentu sahaja merasa gembira dengan pengumuman bonus sebulan setengah gaji kepada lebih 1.4 juta penjawat awam, di samping kenaikan bayaran pencen kepada para pesara.

Pedulilah jikapun Bajet 2013 akan menjadi umpan dan ‘gula-gula’ pilihanraya kerana rakyat Malaysia yang merupakan antara pengguna internet dan media sosial yang terbesar dalam kalangan negara Asia tentulah tidak begitu mudah terpengaruh dengan pemberian bantuan dan rebat pelbagai macam. 

Seperti yang sering dilaungkan oleh para pemimpin pembangkang “bagi ambil, undi tetap tidak kepada BN”, harapannya Bajet 2013 tidak bakal menjadi Bejat 2013 dan mengakhiri dominan kerajaan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum 2013!  
Share this article :
 

+ komen + 5 komen

Tanpa Nama
30 September 2012 11:36 PTG

suka tajuk entri ini..

Tanpa Nama
30 September 2012 11:47 PTG

rezeki jgn ditolak..maut jhgn dicari

arif
1 Oktober 2012 12:03 PG

adakah bajet pembangkang lebih baik drpd bajet ini..

1 Oktober 2012 12:05 PG

Semalam saya menyemak-nyemak bantuan yang diberikan dengan adik kawan saya. Setiap satu ada saja syarat yang tak kami penuhi. Alahai...

1 Oktober 2012 8:54 PG

bejat 2013?...BN smua@mcm2 boleh buat...kt tunggu dan lihat..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger