HARAPAN BARU 1 MALAYSIA


Selepas pelbagai produk berasaskan 1Malaysia, yang terkini adalah Kedai Buku 1Malaysia.  Semalam,  Perdana Menteri melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang berlokasi di UTC (Pusat Transformasi Bandar), yang lokasi asalnya adalah Pudu Raya yang kemudian menjadi Plaza Rakyat, Pudu Sentral  dan akhirnya menjadi UntukAnda Melihat (UTC)!

Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri selepas mengambilalih tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.   Sejak itu pelbagai produk dan perkhidmatan berjenama 1 Malaysia diperkenalkan satu demi satu.  Walaupun kesemuannya berjalan dengan begitu teratur dan terancang, namun tidak ramai yang menyedari bahawa terdapat juga beberapa jenama 1 Malaysia sudah mula menampakkan kepincangan, mungkin daripada segi pengurusan dan pengendaliannya.

Antara yang dikesan, sudah mula goyah adalah operasi Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, tidak ramai yang tahu  pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia adalah syarikat sama yang mengendalikan rangkaian kedai Sekinchan IkanBakar, khabarnya perniagaan kedai Sekinchan Ikan Bakar makin merudum menyebabkan banyak cawangan yang terpaksa ditutup dan ada pula yang menamatkan operasinya, antara yang terkesan adalah cawangan di Bandar Mahkota Cheras.

DiBandar Mahkota Cheras misalnya selepas penutupan operasi Sekinchan Ikan Bakar,digantung pula kain rentang yang besar menuar-uarkan pembukaan Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia, namun selepas beberapa bulan, kain rentang bertebuk ini dan proses pengubahsuaian bagi pembukaan perniagaan yang lain pula.

Selepas pembukaan Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia muncul pula Kedai Kain 1 Malaysia yang kebetulan cawangan pertamanya dibuka kawasan parlimen saya di Hulu Langat

Ini lokasi Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di Bandar Mahkota Cheras yang dahulunya adalah cawangan
Sekinchan Ikan Bakar, khabarnya tidak mungkin direalisasikan.
Seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri bahawa tujuan pembukaan kedai-kedai berala 1Malaysia adalah bagi mengurangkan beban rakyat Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia,jamin murah untuk rakyat, kita akan buat tidak lama, ini baru dua, banyak lagi kita akan buat untuk rakyat". Betullah seperti yang dinyatakan sebab memang benar pun Kedai Runcit 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia kesemuanya menawarkan harga barangan yang sekitar 30-40 peratus lebih rendah daripada kedai-kedai biasa.

Yang terbaru adalah pembukaan Kedai Buku 1 Malaysia, seperti juga Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M), Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia (KIR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) yang kesemuanya merupakan satu lagi inisitiaf Kerajaan dengan pihak swasta, KR1M dengan pihak Mydin, KIR1M oleh Sekinchan Ikan Bakar, danKK1M khabarnya dikendalikan dengan JAKEL.

Kedai Buku 1 Malaysia pula khabarnya dikendalikan oleh rangkaian kedai buku MPH,dengan operasi oleh sebuah entiti baru yang diterajui oleh Sdr. Khair Ngadiron Ketua Pegawai Eksekutif ITBM sebuah agensi di bawah Kerajaan.  Saya tidak sempat menghadiri pembukaannya kerana kekangan tugas, namun seperti yang diungkapkan oleh Sdr. Khair  “itu adalah kedai milik semua rakyat Malaysia”,sebagai pemain dalam dunia buku, pembukaan Kedai Buku 1 Malaysia adalah sesuatu yang amat saya tunggu dan nantikan. 

Sejak mula diungkapkan oleh Perdana Menteri pada Julai lepas, Kedai Buku 1 Malaysia kini menjadi kenyataan, sesuai dengan ungkapan ‘Janji Ditepati’, tetapi apakah harga produk di kedai ini boleh dijamin lebih murah daripada harga di kedai buku yang biasa, hatta di MPH sendiri atau rangkaian kedai buku POPULAR, sekadar dua nama yang menjadi peruncit terbesar buku di Malaysia.

Tindakan pihak Kerajaan memberikan mandat kepada pihak-pihak yang memang arif di dalam bidangnya amatlah dipuji, misalnya MYDIN, Sekinchan Ikan Bakar, Jakel dan yang terbaru MPH, namun harapannya seperti kedai-kedai 1 Malaysia yang sebelum ini, harapan saya Kedai Buku 1 Malaysia juga mampu menawarkan potongan harga yang memberangsangkan bagi menarik minat membeli seterusnya mencambah minat membaca pula.

Harapan juga agar pihak yang diberikan mandat tidak hanya menggunakan peluang dan kemudahan yang diberikan oleh pihak Kerajaan (jika ada) bagi mengisi tembolok mahupun mengembangkan perniagaan hakiki mereka dengan menjadikan konsep 1Malaysia sebagai batu loncatan sahaja.

Selepas pembukaan Kedai Buku 1 Malaysia, sebagai yang terkini di dalam siri 1 Malaysia,selepas ini apa pula yang bakal menggunakan jenama 1 Malaysia?
Share this article :
 

+ komen + 6 komen

Tanpa Nama
23 September 2012 4:02 PTG

bagusla manfaat utk rakyat..

anep
23 September 2012 10:10 PTG

semoga lepas ni buku lebih murah di Kb1m..

tipah tertipu
23 September 2012 11:24 PTG

tak muroh mano pung...

24 September 2012 9:25 PG

ada byk cadangan lepas ni..sy cadang kedai minyak 1 Malaysia dan pasar 1 Malaysia

Tanpa Nama
24 September 2012 1:51 PTG

selpas ni kedai komplin 1malaysia kot kih kih kih..

24 September 2012 3:23 PTG

kedai sakat 1 malaysia..the best..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger