MERDEKA CARA BERAHIM?



Ketika pelbagai pihak menunjukkan semangat merdeka, sekumpulan penduduk di Parlimen Pasir Mas mempunyai cara ‘unik’ (rasa hendak tergelak pun ada) merai dan menunjukkan semangat Merdeka mereka.

Mereka menggunakan 2350  kilogram beras pulut untuk menghasilkan jalur gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar bagi menunjukkan semangat merdeka mereka.

Menurut Pengerusi Majlis Merdeka Raya Parlimen Pasir Mas, Wan Mohd Hafiz Wan Awang  "Idea ini dicetuskan oleh Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebagai satu cara untuk menyemarakkan semangat di kalangan penduduk daerah ini sempena bulan kemerdekaan,".

Tulisan ini tidaklah mempertikaikan sambutan kemerdekaan namun apa yang dikesalkan ialah unsur pembaziran yang ketara danmenggunakan makanan bagi menghasilkan jalur gemilang. Ketika dunia sedang menghadapi krisis makanan dan begitu ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara kita, menggunakan makanan asasi seperti beras pulut amatlah menjengkelkan.

Bayangkan berapa banyak mulut yang boleh disuap menggunakan beras pulut sebanyak 2350 kilogram.  Katalah setiap mulut boleh disuap atau memakan anggaran 100 gram nasi pulut yang telah dimasak itu, ianya boleh megenyangkan sebanyak 23,500 orang!

Bukankah beras pulut yang diwarnakanitu bakal menjadi pembaziran kerana tidak mungkin ia dapat dimakan semula.  Bukankah pembaziran seperti itu amalan syaitan.  Amalan pembaziran oleh warga di Pasir Mas yang dipelopori oleh Ahli Parlimennya seperti mengundang persoalanyang bukan sedikit.

Gambar ihsan: www.sinarharian.com.my
Memang tidak dapat dinafikan pulut mewakili semangat kerana dalam budaya orang Melayu dan Islam pun, amalan menyediakan pulut, misalnya pulut kuning ketika sambutan Hari Raya, majlis perkahwinan dan kenduri kendara bukanlah sesuatu yang asing, namun menghalalkan penggunaan pulut  yang kemudiannya terpaksa dijadikan makanan haiwan dalam penyediaan Jalur Gemilang untuk meraikan sambutan Merdeka adalah sesuatu yang menggangu kewarasan.

Akhbar melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyumbangkan RM20,000 bagi menjayakan program merdeka yang ‘bebal’ dan membazir ini.  Khabarnya pihak penganjur di bawah Ahli Parlimen Pasir Mas itu mempunyai hasrat untuk memasukkan 'pencapaian' mereka ke dalam Buku Rekod Malaysia namun tidak berjaya kerana pihak penganjur terlalu sibuk sehingga  tiada masa untuk  menghubungi pihak Buku Rekod Malaysia.

Mungkin selepas ini, pihak-pihak yang berhasrat meraikan merdeka, sepatutnya memikirkan sedalam-dalamnya implikasi daripada bahan atau elemen sambutan mereka supaya tidak tersasar bukan sahaja daripada nilai Islamnya tetapi juga nilai moralnya.

Tambahan pula, program ini berlangsung di perkarangan sekolah, mungkin memberikan pesanan secara tidak langsung kepada para pelajar bahawa amalan pembaziran seperti ini dibolehkan.

Walaupun idea Ahli Parlimen Pasir Mas dianggap ‘genius’ (kalau pun ada) oleh mereka yang menyokongnya namun, meraikanMerdeka cara beliau, menunjukkan kita masih lagi ‘terjajah’.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
projek bangang
mail berkata…
ini bebal namanya..
SIS berkata…
mmg membazir...org yang kelapran mesti menangis bila tau perkara ini...kita yang kenyang ni pun rasa tak berbaloi...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?