Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

CHIN PENG, LU SIAPA?

Imej
Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng'update' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik 'hangin' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina!

Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini.
Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanusiaan…

WARKAH SEMBAH TA’DZIM BUAT TUANKU DR RAJA NAZRIN

Imej
Raja Muda Perak - Raja Dr. Nazrin Shah


Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun.

Telah ditakdirkan Tuanku dilahirkan dalam keluarga diraja dan patik dilahirkan dalam keluarga petani biasa, maka kita dijarakkan oleh adat istiadat Melayu hingga menjadi begitu jauh sekali. Namun betapa jauh pun jarak darjat keturunan itu, perkenalan kita disebabkan minat yang sama di bidang seni dan puisi kira-kira 30 tahun yang lalu, telah merapatkan hubungan kita sebagai sesama manusia.

Pun begitu, setelah aktiviti puisi dua minggu sekali di sebuah hotel di Jalan Putra itu dihentikan, kita pun seperti kehilangan wadah untuk bertemu, dan kemudiannya Tuanku pula meninggalkan pejabat di Jalan Pudu itu, dan Dr Shan yang selalu bersama dalam pertemuan kita pun bertukar juga kerjayanya, maka pertemuan sebagai sahabat itu pun sukar terjadi lagi.

Hinggalah kira-kira tiga tahun yang lalu maka sempatlah kita berbual mesra untuk beberapa ketika, selepas Tuanku menyempurnakan pelancaran novel Usman Awang yang diterbit…

TERIMA KASIH CIKGU..

Imej
Gambar hiasan ihsan UNESCO: Guru di mana-mana

"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini. Pada setiap 16 Mei saban tahun kita meraikan Hari Guru sebagai menghargai jasa guru kepada kita semua. Guru adalah insan pertama yang mencorakkan secara formal seseorang dalam kehidupannya selain daripada ibu dan bapa. Hari Guru di Malaysia diraikan sejak tahun 1972 dengan pelbagai tema yang diolah mengikut keperluan semasa. Allahyarham SN Usman Awang pernah menulis sajak sebagai manifestasi pengorbanan guru:


Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang …

MENJULANG MARTABAT SASTERA KE ISTANA BUDAYA..

Imej
Istana Budaya - Ilham Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Beberapa minggu lalu ketika saya bertemu seorang teman yang mengendalikan program Hadiah Sastera yang diterajui oleh organisasinya, saya begitu teruja ketika dimaklumkan bahawa Hadiah Sastera organisasinya pada tahun ini akan diadakan di Istana Budaya jauh dari kelaziman di hotel-hotel besar seperti selalunya.

Menurut teman saya tadi, memang terdapat pro dan kontra tentang pemilihan lokasi pada tahun ini, tetapi apabila dikongsi bersama saya, pada saya pemilihan yang tepat bagi mengangkat martabat sastera di Malaysia.

Istana Budaya dengan pentas dan prasarana pementasan bertaraf dunia, bakal berusia sedekad September ini, tetapi inilah julung kalinya Hadiah Sastera Kumpulan Utusan berlangsung di sini.

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang kini telah memasuki tahun ke-24 penganjurannya memang layak berkongsi pentas di Istana Budaya, pengenalan Minggu Sastera buat pertama kalinya sebagai pengisian prog…

13 MEI 1969...SELEPAS 40 TAHUN

. 13 mei 1969: selepas 40 tahun aku masih menafsir makna perpaduan & majmuk dalam kamus BANGSA MALAYSIA .







SALAM HARI IBU BUAT YB MENTERI DALAM NEGERI

Imej
Gambar Hiasan: Potret seorang ibu yang tabah dan cekal: Makcik Maimun Yusuf - Calon tertua PRU 12

Salam YB Dato’ Seri,

Sempena Hari Ibu yang bakal diraikan pada 10 Mei ini, saya ingin mengambil kesempatan ini menyampaikan salam ibu-ibu buat YB Dato’ Seri. Rasanya belum begitu terlewat untuk mengucapkan tahniah buat YB Dato’ Seri di atas perlantikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru berkuatkuasa pada 9 April 2009 yang lepas.

Saya percaya YB Dato’ Seri, seperti saya dan lelaki-lelaki lain didampingi oleh kaum ibu, samada ibu sendiri, ibu mertua, ibu angkat dan isteri serta anak-anak yang bakal menjadi ibu.

Saya ingin menarik perhatian YB Dato’ Seri selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan seluruh rakyat Malaysia dalam negara kita.

Kisah duka ragut dan trauma mangsa serta keluarga mereka amat menyentuh perasaan semua kita, saya amat yakin dengan pekerti dan nilai tinggi seorang anak, bapa, dan suami dalam dalam diri YB Dato’ Seri, perkara ini amat menyentuh hati kecil …

TOLONG MISI TOLONG...

Imej
Saya amat yakin, semua kita, anda dan saya pernah pada satu ketika ke hospital atau pernah ditahan di hospital. Jururawat yang ramah, mesra dan doktor yang prihatin adalah sebahagian warga di hospital. Sewaktu saya kecil, saya memang tidak gemar untuk tinggal di hospital walau barang sehari, tetapi lain pula ketika remaja dan masa sekarang, saya rasa seronok sahaja untuk ke hospital, anda boleh agak sebabnya -jururawat yang manis!

Penghibur ulung negara, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad pernah menghasilkan lagu khusus untuk golongan jururawat - Jamilah (lagu untuk jururawat). Walaupun dalam nada sinis dan bersahaja sebenarnya golongan jururawat adalah insan istimewa di hati kita semua.
Jururawat seperti di mana-mana diiktiraf sebagai satu profession yang cukup mulia. Selain dari khidmat kemanusiaan, kerjaya jururawat juga menjanjikan kerjaya yang stabil dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi walaupun menuntut ketabahan dan pengorbanan.
Saban tahun pada 12 Mei, golongan jururawat diiktir…

PPSMI – KENA TUNGGU LAGI..

Imej
Setelah hampir 6 tahun PPSMI diguna pakai, selepas Menteri Pelajaran bertukar dan kini Kementerian Pelajaran mendapat Menteri baru yang dinaikkan martabatnya, ialah Menteri Pelajaran yang baru juga adalah Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya kelompok-kelompok yang mahukan PPSMI dikaji semula atau dimansuhkan atau dikembalikan ke Bahasa Melayu harus menunggu pula kerana Menteri baru masih perlukan input dan pandangan dari pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan berhubung PPSMI ini.

Yang menariknya ialah ialah ungkapan oleh Menteri berkenaan bahawa Kerajaan tidak mahu dilihat sebagai ‘flip-flop’ berhubung sesuatu dasar. Ironinya dasar ini dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu dan adalah tidak salah untuk dianggap ‘flip-flop’ sejajar dengan gagasan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang baru - Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Sekurang-kurangnya ianya tidak dianggap sebagai ‘flip-flop’ hatta dilihat berapa ramai pula yang menentangnya, jika 5 dar…

LAIN PADANG, LAIN BELALANG...

Imej
Ketika seluruh dunia bergelut untuk mengurangkan ketagihan rokok di kalangan penduduk dunia sehingga mencetuskan Hari Tanpa Tembakau Sedunia setiap 31 Mei saban tahun, lain pula kisahnya di sebuah jajahan di Negara China.

No butts – you must light up, itulah tajuk berita di ruangan dunia akhbar The Star hari ini, apa tidaknya di jajahan Gong’an di wilayah Hubei di Negara China telah mengarahkan kakitangannya untuk menghisap rokok sehingga 230,000 kotak setahun, hujah bagi menyokong arahan ini ialah bagi menyemarakkan ekonomi setempat melalui kutipan cukai! Menurut laporan itu lagi, langkah ini juga bagi membantu syarikat rokok di jajahan itu untuk bersaing dengan pesaingnya di wilayah bersebelahan. Jika arahan ini tidak dipatuhi, kakitangan di jajahan ini akan didenda. Saya rasa agak tergamam membaca berita ini sehingga berfikir ada baiknya perokok tegar memikirkan untuk berkhidmat di jajahan itu.

Di negara kita, rasanya tiada arahan sebegitu tetapi pembuat dasar kita dari kalangan Ahli…

SELAMAT MENJALANI RAWATAN TUANKU..

Imej
Pada pagi esok, Sabtu (waktu California, Ahad waktu Malaysia), Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan menjalani pembedahan pembedahan injap jantung (mitral valve) di Stanford University Medical Centre, Palo Alto, San Francisco, California.
Pembedahan selama enam jam ini untuk menentukan sama ada injap jantung baginda perlu diperbaiki atau diganti dan seterusnya diberi rawatan selama tiga minggu di situ.
Marilah kita sama-sama mendoakan pembedahan baginda berjalan lancar dan berjaya serta sentiasa dipelihara oleh Allah SWT agar segera pulih seperti sediakala. InsyaAllah.