TOLONG MISI TOLONG...


Saya amat yakin, semua kita, anda dan saya pernah pada satu ketika ke hospital atau pernah ditahan di hospital. Jururawat yang ramah, mesra dan doktor yang prihatin adalah sebahagian warga di hospital. Sewaktu saya kecil, saya memang tidak gemar untuk tinggal di hospital walau barang sehari, tetapi lain pula ketika remaja dan masa sekarang, saya rasa seronok sahaja untuk ke hospital, anda boleh agak sebabnya -jururawat yang manis!

Penghibur ulung negara, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad pernah menghasilkan lagu khusus untuk golongan jururawat - Jamilah (lagu untuk jururawat). Walaupun dalam nada sinis dan bersahaja sebenarnya golongan jururawat adalah insan istimewa di hati kita semua.

Jururawat seperti di mana-mana diiktiraf sebagai satu profession yang cukup mulia. Selain dari khidmat kemanusiaan, kerjaya jururawat juga menjanjikan kerjaya yang stabil dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi walaupun menuntut ketabahan dan pengorbanan.

Saban tahun pada 12 Mei, golongan jururawat diiktiraf melalui perayaan Hari Jururawat Sedunia. Jasa dan sumbangan golongan jururawat yang dipelopori oleh Florence Nightangle yang mengangkat martabat mereka yang dahulunya dipandang rendah sehingga membuka mata kepentingan jururawat. Sedar atau tidak sebenarnya kehidupan seorang insan tidak pernah sunyi dari dikelilingi oleh jururawat, dari kelahiran seorang bayi hinggalah ke akhir hayat juga di samping jururawat. Kepada semua jururawat pelbagai peringkat, Selamat Hari Jururawat Sedunia.
Share this article :
 

+ komen + 4 komen

7 Mei 2009 7:23 PTG

Bakal jururawat yang manis2 banyak kelihatan di sekitar kejiranan saya. Selalu2 lah berkunjung..hehehe Pelajar KOlej Kejururawatan MasterSkill comel2 dan tekun2 kelihatan.

ustazah
8 Mei 2009 8:18 PG

Salam tuan, jururawat insan istimewa, keluarga saya bnyk bergntung kepada khidmat jururawat, terima kasih kerana menguar-uarkan hari jururawat sedunia ini..syabas tuan..

ana
8 Mei 2009 11:37 PG

Selamat Hari Jururawat..saya seorang jururawat pelatih..

SIS
9 Mei 2009 7:30 PTG

salam tn ks..jururawat mmg kena manis n senyum selalu baru pesakit cepat sembut...tak kiranya la pesakit tu lelaki ke perempuan..klau isteri kat rumah manis muka selalu...lebih baik dari jururawat...mesti si abang cepat sembuh...tak yah jumpa jururawat dah...`

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger