Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

PAKSI TAK MENYALAK KEPADA BUKIT - JAWAPAN KEPADA TULISAN MSO

Dinsman (Harakah 406, 28/10) Paksi tak menyalak kepada bukit Terima kasih Mohd Sayuti Omar kerana segera memberi respon kepada majlis Dialog Budaya Bersama Pimpinan PAS yang berlangsung di Hotel de Palma Shah Alam 20 Oktober. Tulisan berjudul “Paksi menyalak kepada orang yang jadi ‘bukit’” dalam blognya 22 Oktober dirujuk. Paling menarik perhatian dalam tulisan Sayuti itu ialah ungkapannya “menyalak kepada orang yang jadi bukit”, dan “salakan kepada manusia politik yang sudah menjadi bukit”. Tentulah yang dimaksudkannya ialah para pimpinan tertinggi PAS yang hadir pada malam Dialog Budaya itu. Apakah para pimpinan tertinggi PAS itu adalah “manusia politik yang sudah menjadi bukit”? Saya sebenarnya tidaklah pernah terfikirkan begitu. Dan saya pun tidak pernah menganggap atau memahami bahawa ucapan saya pada malam itu adalah umpama ‘salakan’ atau ‘(anjing) menyalak’. Tetapi kalau mengikut Sayuti, nampaknya begitulah yang dimaksudkannya – bahawa para pimpinan tertinggi

SEBUAH RASA MSO

Imej
Paksi menyalak kepada orang yang jadi 'bukit' SEBUAH RASA, RASA                                                                           Dinsman terus bertempik. Malam  semalam saya terpergi ke majlis dialog budaya dan seniman dengan pimpinan Pas yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam. Naib presiden Pas, Sallahudin Ayub yang menjemput saya. Saya tidak tahu kenapa beliau jadi ingat kepada saya agar hadir pada majlis itu. Maka saya hadir. Sesampai di lokasi baru saya tahu siapa penganjur dan siapa yang terlibat dengan majlis itu. Rupa-rupanya rakan-rakan dalam Paksi - Seniman Paksi Rakyat,  manakala pengelolanya ialah Lunjah Kesenian Pas yang dikepalai Muhaimi Sulam. Mungkin kedatangan saya agak mengkagetkan juga, kerana saya barang kali tidak seharus berada sama di majlis berkenaan, sebab saya tidak menjadi anggota Paksi secara langsung. Kerana itu saya tidak dijemput bagi mengelakkan apa-apa yang tidak baik terdedah? Sifat majlis itu, dialog tertutup dengan kepi

CUKUP, CUKUP SUDAH!

Jika kita orang biasa tidak faham bahasa maka bolehla juga dimaafkan.  Namun jika pemimpin apatah lagi yang pernah bergelar pemimpin utama negeri, jika tidak faham bahasa, maka ada dua sahaja istilahnya: syok sendiri atau meroyan! Apabila seorang mantan ketua menteri yang telah mengetuai kerajaan negeri selama lebih sedekad dan tiba-tiba kalah dalam Pilihanraya Umum, tentulah ada sesuatu yang menyebabkan kekalahan tersebut, apatah lagi si pemimpin itu bukanlah seorang yang sombong atau tidak buat kerja. Namun, arus perubahan dan beralih selera bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh sesiapa, apatah lagi ketentuan Allah SWT.  Ungkapan Nabi Muhammad SAW, ‘makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang’ sudah acapkali diucapkan oleh para pemimpin, malah mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ketika mengumumkan untuk mengundurkan diri juga menggunakan ungkapan yang sama. Selepas, kekalahan di Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Ali Rustam diberikan talian hayat yang baru, dilanti

BAJET PROAKTIF?

Imej
Entah mengapa saya tidak begitu teruja dengan pembentangan bajet pada kali ini.  Ini berbeza dengan pengamatan saya pada tahun-tahun sebelumnya, atau mungkin saya telah menjangka perkara-perkara yang bakal dibentangkan.   Ini berbeza dengan bajet 2013 yang dibentangkan sebelum PRU ke-13 yang lalu, pelbagai insentif diumumkan sehingga dilabel ‘bajet PRU’. Pembentangan bajet pada Jumaat lepas, seperti lazimnya jumaat terakhir bulan Oktober saban tahun adalah perkara yang biasa.  Yang luar biasanya adalah pembentangan kali ini adalah menjelang Pilihanraya Kecil yang kedua pasca PRU ke-13 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti. Seperti biasa memang terdapat banyak yang diberikan oleh Kerajaan dan mencakupi semua golongan, kakitangan awam yang seperti biasa mendapat setengah bulan gaji, golongan karyawan yang dijanjikan bantuan pengurusan dan pentadbiran bagi persatuan-persatuan yang berdaftar. Antara lain adalah meluaskan akses internet dengan Fasa Kedua Projek Interne

MASAM-MASAM MANIS DI SUNGAI LIMAU!

Hari ini akan berlangsung penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau.  Ini adalah pilihanraya kecil kedua pasca Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lalu.  Pada 24 Julai yang lalu telah berlangsung pilihanraya kecil DUN Kuala Besut. Dengan masa berkempen selama 12 hari, pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November 2013 nanti. Pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau diadakan selepas kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga mantan Menteri Besar Kedah selepas ‘tsunami politik’ pada tahun 2008. DUN Sungai Limau adalah ‘lubuk’ PAS, ianya dimenangi oleh Allahyarham Tan Sri Azizan sejak pertama kali menjadi calon pada tahun 1995, ketika itu dikenali sebagai DUN Sala.  Sejak itu, PAS terus memenanginya sehingga pada PRU yang lepas. Pada Pilihanraya Kecil kali ini, BN mempertaruhkan mantan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, khabarnya anak tempatan yang ‘tidak lupa’ turun ke sawah setiap k

APABILA POLITIK LEBIH MULIA DARI AGAMA!

Apabila kecoh mengenai penggunaan kalimah Allah, saya turut menyokong usaha pihak-pihak termasuk Kerajaan untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya kepada umat Islam di negara ini. Seingat saya, apabila The Herald mencabar Kerajaan di mahkamah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya, tentulah Kerajaan akan terus bertegas mempertahankan isu kalimah Allah sehingga ke titisan darah keimanan yang terakhir. Namun, tanggapan saya ternyata meleset begitu jauh, kurang pasti apakah pertimbangan membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak membenarkan penggunaanya dalam penerbitan seperti The Herald . Apakah rasionalnya, mempunyai dasar yang dwi standard seperti dalam penggunaan kalimah Allah ini? Apabila Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, saya geli dan gelak bergolek-golek, apa tidaknya rupanya peraturan di Malays

PENGUNAAN KALIMAH ALLAH, APA SELEPAS INI?

Kecoh kini apabila mahkamah menolak penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam.   Isu ini yang dimulai pada tahun 2009, apabila Kementerian Dalam Negeri membatalkan permit penerbitan akhbar Herald kerana menggunakan kalimah Allah untuk rujukan tuhan.  Ironinya, Herald telah menggunakan kalimah Allah sejak tahun 1994. Penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam tentulah tidak menyenangkan umat Islam apabila keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.  Sebagai sebuah negara yang mengamalkan toleransi kaum dan agama yang tinggi, penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam seharusnya tidak berlaku. Amat mudah untuk menuding jari tentang negara-negara lain yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam, namun lanskap dan toleransi agama di negara lain tidak sama dengan Malaysia. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi negara, namun agama-agama lain tidak pernah dihalang untuk mempraktikkan agama mer

AKHBAR ‘BARUA’ PRESIDEN!

Itulah tanggapan saya apabila membaca muka depan akhbar The Star semalam.   Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan atau pertalian dengan pemilik apatah lagi menjadi ahli MCA yang merupakan pemilik akhbar tersebut. Namun, sebagai seorang pelanggan dan pembaca tegar akhbar tersebut sejak dua dekad yang lalu, saya merasa tersinggung dan terhina kerana editor akhbar tersebut membiarkan akhbar mereka menjadi ruang pertikaian para pemimpin mereka. Muka depan akhbar semalam memetik ungkapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek merujuk timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai   weak, indecisive dan not a fighter.   Jika diterjemah secara harfiah, sebenarnya akhbar The Star  seperti menghina ahlinya apabila mempertikaikan Timbalan Presiden yang dipilih secara demokratik oleh ahli-ahlinya. Walau apapun alasan yang diberikan, perlakuan akhbar tersebut menggunakan muka depannya untuk merendahkan kredibiliti seorang pemimpin kanan parti adalah keterlaluan dan boleh diangga

APABILA UMNO PUN DIGELUMANGI PENGUNDI HANTU?

Tentulah seperti terkejut, selama ini sehingga Bersih menginjak tiga versi, badan yang bertanggungjawab terhadap pilihanraya menafikan terdapat pengundi hantu.    Ketika para ahli UMNO melaksanakan tanggungjawab mereka memilih pemimpin dalam Pemilihan UMNO 2013 yang pertama kali meyaksi perubahan dan ‘transformasi’ parti terbesar yang mewakili orang Melayu timbul pula kisah ‘pengundi hantu’! Calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin dikhabarkan mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu, apabila mempertikaikan bilangan undi yang berbeza dengan jumlah perwakilan yang hadir.  Mungkin kita boleh menganggap ini adalah isu kecil dan ‘salah kira’ atau ‘kesilapan matematik’, namun apa yang didakwa oleh calon ini sepatutnya diberikan perhatian, apatah lagi melibatkan parti yang bermaruah seperti UMNO. Lain pula kisah di Pasir Gudang, dimana wartawan dihalau daripada tempat mesyuarat.  Memanglah sebagai tuan rumah berhak untuk menen