APABILA POLITIK LEBIH MULIA DARI AGAMA!

Apabila kecoh mengenai penggunaan kalimah Allah, saya turut menyokong usaha pihak-pihak termasuk Kerajaan untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya kepada umat Islam di negara ini.

Seingat saya, apabila The Herald mencabar Kerajaan di mahkamah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya, tentulah Kerajaan akan terus bertegas mempertahankan isu kalimah Allah sehingga ke titisan darah keimanan yang terakhir.

Namun, tanggapan saya ternyata meleset begitu jauh, kurang pasti apakah pertimbangan membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak membenarkan penggunaanya dalam penerbitan seperti The Herald.

Apakah rasionalnya, mempunyai dasar yang dwi standard seperti dalam penggunaan kalimah Allah ini?

Apabila Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, saya geli dan gelak bergolek-golek, apa tidaknya rupanya peraturan di Malaysia dipisahkan kepada peraturan di Semenanjung dan berbeza pula di Sabah dan Sarawak!

Benarlah tohmahan pihak-pihak luar bahawa keputusan melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan seperti The Herald sering dikaitkan dengan implikasi politik dan bukannya bertolak daripada sentimen keagamaan yang tulin.

Jika benar-benar mahu mempertahankan kalimah Allah, Kerajaan (baca: Barisan Nasional) seharusnya bertegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh semua mereka yang bukan Islam di mana-mana di Malaysia, bukan seperti sekarang di mana penggunaannya ‘dibolehkan’ di Sabah dan Sarawak.

Apakah agenda membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak, adakah kerana bimbang kedua negeri tersebut yang merupakan ‘deposit tetap’ undi Kerajaan akan beralih kepada pembangkang.

Malah jika Kerajaan benar-benar serius untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam termasuk di Sabah dan Sarawak dengan alasan percetakan kitab yang dibawa masuk dari Indonesia telah menggunakan kalimah Allah adalah sangat dangkal.

Dengan teknologi dan permintaan tinggi dan kuasa tawar menawar, pencetak di Indonesia boleh sahaja diminta untuk mengubah perkataan ‘Allah’ kepada istilah yang lain selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah Kerajaan.

Khabarnya, hampir 35,000 kitab yang dicetak di Indonesia dibawa masuk dari sana yang telah sedia menggunakan perkataan Allah, ianya boleh sahaja dipinda dan dipohon pinda jika ada kesungguhan dan ‘iltizam’.

Agaknya Kerajaan yang ada sekarang ini lebih takut dengan hakisan kuasa politik mereka daripada mempertahankan kalimah Allah secara menyeluruh, jika dwi standard yang diamalkan, maka adalah lebih baik penggunaan kalimah Allah dibenarkan kepada semua atau mengharamkan penggunaannya kepada mereka yang bukan Islam secara total.

Pilihannya adalah di tangan kita, supaya tidak menjadi bahan lawak pihak-pihak luar dengan amalan dwi standard yang membezakan sesuatu larangan! 


Soalnya adakah pihak-pihak yang lantang menyokong usaha Kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam, faham mengenai ini, jika faham adakah akan mendesak Kerajaan juga untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak juga, ada BERAN ke?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kena jaga tengkuk politik bro...nanti sorrru miss hi hi hi
barajiwa berkata…
Sdr Nasser, sejak mula isu ini dibangkitkan, kita yakin ia hanya untuk menghasilkan undi. Dalam PRU13 yang lalu, isu ini menguntungkan kerana dalam PAS, ada juga bermati-matian menyokong usaha Umno ini. Oleh itu perlu ada usaha yang lebih bersungguh-sungguh untuk memahamkan rakyat segala sepak terajang Umno dalam menggunakan Islam dan Melayu ini. Wallahuaklam.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?