AKHBAR ‘BARUA’ PRESIDEN!

Itulah tanggapan saya apabila membaca muka depan akhbar The Star semalam.  Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan atau pertalian dengan pemilik apatah lagi menjadi ahli MCA yang merupakan pemilik akhbar tersebut.

Namun, sebagai seorang pelanggan dan pembaca tegar akhbar tersebut sejak dua dekad yang lalu, saya merasa tersinggung dan terhina kerana editor akhbar tersebut membiarkan akhbar mereka menjadi ruang pertikaian para pemimpin mereka.

Muka depan akhbar semalam memetik ungkapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek merujuk timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai  weak, indecisive dan not a fighter.  Jika diterjemah secara harfiah, sebenarnya akhbar The Star  seperti menghina ahlinya apabila mempertikaikan Timbalan Presiden yang dipilih secara demokratik oleh ahli-ahlinya.

Walau apapun alasan yang diberikan, perlakuan akhbar tersebut menggunakan muka depannya untuk merendahkan kredibiliti seorang pemimpin kanan parti adalah keterlaluan dan boleh dianggap sebagai ‘salah guna’ kuasa oleh mereka yang mengarahkan akhbar tersebut menggunakan ruang muka depan mereka bagi tujuan seperti itu.

Jika ditakdirkan Tuhan, berlaku pemilihan dan Timbalan yang dicemuh sekarang berjaya menjadi presiden, akan berlakukah perubahan dalam kumpulan editorialnya atau proses ‘witch hunt’.

Sebagai sebuah organ parti, akhbar The Star bukan sahaja dibaca oleh ahli parti tetapi juga oleh rakyat Malaysia seperti anda dan saya.  Dengan laungan ‘the people’s paper’, imej akhbar ini tercalar dan dalam bahasa kasarnya boleh dianggap menjadi ‘barua’ presiden parti dalam percaturan politiknya. 

Walaupun mungkin ditekan dan diasak untuk memuatkan muka depan yang memualkan seperti apa yang disiarkan semalam, namun sebagai akhbar yang dihormati sepatutnya tahu memisahkan garisan pemilik dan etika kewartawan mereka.

Mungkin selepas ini, editor akhbar milik MCA ini patut membuat video seperti pasangan Alvin dan Vivian yang menghasilkan video ‘Regret’ yang diakhiri dengan adegan kelar tangan!


Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
13 Oktober 2013 11:48 PG

biasalah tu..

16 Oktober 2013 8:09 PG

PHD!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger