Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

DUN ANGKAT MENTERI BESAR

Imej
Biarlah saya berterus terang, saya tidak pernah menyukai mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan, sungguhpun tidak pernah saya  temui  secara fizikal.  Namun mendengarkan cerita-cerita daripada teman-teman sudah cukup membuatkan saya meluat dengan sikap dan kaedah perhubungan awam yang dianggap ‘bossy’ .  Mungkin senang sahaja bagi sesiapa melabel saya sebagai prejudis. Gambar ihsan: pondoktauhid.blogspot.com Tan Sri Azizan mengemudikan Kedah sebagai Menteri Besar yang ke-sepuluh selepas PAS memenangi majoriti kerusi DUN di Kedah dalam  Pilihanraya Umum ke-12, dalam apa yang dilabelkan sebagai ‘tsunami politik’. Keunikan pentadbiran Tan Sri Azizan, mantan ahli akademik yang menceburkan diri dalam politik sebenarnya membuka mata pelbagai pihak, apa tidaknya hubungan beliau dengan persatuan nasional yang dikaitkan dengan Kerajaan bukanlah rahsia.  Tanyalah siapa sahaja dalam dunia penulisan tentang bagaimana beliau memberikan ruang kepada GAPENA untuk melakuka

ORANG DALAM, ORANG LUAR

Kisah bagaimana masyarakat kita lebih mengagungkan orang luar berbanding orang tempatan adalah lumrah.  Jika tidak mana mungkin ada pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Lihat sahaja bagaimana Kerajaan di ‘kencing’ 0leh perunding luar dengan bayaran yang begitu lumayan bagi menghasilkan konsep 1Malaysia yang akhirnya secara bawah sedar terpaksa mengaku bahawa ia adalah cuplikan daripada kempen 1 Israel yang digunakan oleh Israel. Ketika Perdana Menteri dalam ura-ura menguar-uarkan satu lagi tambahan kepada konsep 1Malaysia, iaitu Endless Possibilities , pecah pula berita bahawa ia juga adalah ciplakan daripada yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel.  Jelaslah bahawa pakar runding yang diupah oleh Putrajaya adalah Yahudi atau berkiblatkan Yahudi. Apabila bekas jaguh badminton negara yang juga jurulatih badminton kebangsaan yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia, membuat dakwaan bahawa BAM melayan jurulatih kebangsaan sepert

LAWAK GAYA UMNO!

Satu hal yang boleh dibanggakan atau dicanang oleh Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun  Razak pada masa ini yang boleh dikenang sebagai legasi beliau.  Yang pertama memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding walaupun ruang untuk pertandingan terbuka luas.   Perkara yang kedua adalah transformasi kaedah pertandingan daripada hanya lebih kurang 2500 perwakilan kepada lebih 100 ribu yang bakal menentukan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi. Jika perkara yang kedua dilihat, ini adalah pencapaian atau legasi yang telah merubah persepsi ahli-ahli UMNO di seluruh negara.  Mungkin ada yang tidak beranggapan bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO adalah transformasi tulin dan sekadar ‘acah-acah aje’. Ramai yang melihat penglibatan lebih 100 ribu ahli UMNO dalam pemilihan adalah salah satu kaedah membendung ‘politik wang’ kerana mana mungkin untuk mengeluarkan begitu banyak wang untuk membeli undi para ahli UMNO yang layak menentukan para pemimpin mereka. Sunggupun transformasi d

KORBAN, BERKORBAN & TERKORBAN

Sah sudah, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Naib Presiden UMNO.  Pada masa ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. Selain, Datuk Mukhriz dua lagi tokoh yang menawarkan diri menjadi calon Naib Presiden adalah masing-masing yang pernah bertanding iaitu Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad, yang masing-masing adalah mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Walaupun, Datuk Mukhriz menyokong kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sekarang ini, namun dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan salah satu daripada tiga kekosongan kerusi Naib Presiden menghantar isyarat yang jelas kepada para perwakilan siapakah yang patut dikorbankan dalam pemilihan kali ini. Daripada segi ‘seniority’ tiga orang Naib Presiden sekarang ini, Datuk Seri Zahid Hamidi adalah yang paling kanan baik daripada segi usia mahupun daripada segi jawatan po

PEMERKASAAN BUMIPUTERA, BANYAK LAGI YANG DIMAHUKAN!

Semua orang tahu siapa di sebalik keupayaan Barisan Nasional mengulangi kejayaan dalam Pilihanraya Umum yang lalu.  Walaupun bilangan kerusi dan undi juga merosot, namun semua jelas kaum manakah yang tidak menyumbangkan sokongan kepada kejayaan tipis BN. Sejak Datuk Seri Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada 2009, ramai yang beranggapan bahawa kecenderungan beliau lebih kepada satu kaum sahaja.  Malah tidak keterlaluan apabila ada yang mengajuk, “asyik-asyik lebihkan …..”.  Namun seperti orang Melayu yang tersedar daripada lamunan yang panjang, Kerajaan melancarkan pula ‘Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera’. Dengan lima fokus utama - mendaya modal insan, memantapkan  pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan  kewangan, memperhebat keusahawanan & perniagaan serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan, maka program pemerkasaan ini dianggap sebagai ‘hadiah’ kesetiaan orang Melayu dan Bumiputera yang menyokong kerajaan selama ini.

APABILA AYAM SABUNG DISEMBELIH!

Bagi seorang pelaga ayam, sabungnya adalah yang paling berharga, ini kerana dengan sabungnya juga ia mampu meraih kemenangan demi kemenangan.  Dengan sabungnya juga ia boleh menyebabkan kekalahan dan menyebabkan kampung tergadai.  Seperti pepatah, menang sorak kampung tergadai. Kisah bagaimana ayam sabung dijaga sangat menarik.  Apabila melihat operasi pembanterasan pendatang asing tanpa izin beberapa ketika dulu, ada satu kisah menarik bagaimana, ayam sabung diletakkan bersebelahan tempat tidur kerana nilainya.  Walaupun dalam operasi tersebut PATI itu ditahan dan dibawa ke depoh tahanan, namun dia tetap mengusung sangkar ayam sabungnya. Minggu lepas menjelang Muktamar PAS ke-58 pada November akan datang, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz dikhabarkan hasrat beliau supaya kerusi Timbalan Presiden disandang oleh golongan ulama.  Tiada salahnya hasrat itu, apatah lagi datangnya daripada pemimpin yang dihormati seperti Tuan Guru Nik Aziz. Ramai yang menganggap hasrat yang

PERPADUAN MASIH SUBUR DI LAMAN KITA!

Esok, Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-50.  Setengah abad yang lalu, pada 16 September 1963, Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak bergabung menjadi sebuah negara, sebelum Singapura memilih untuk keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Walaupun tarikh 16 September adalah sebenarnya tarikh Malaysia ditubuhkan, namun tarikh ini tidak pernah dianggap penting sehingga pada tahun 2008, apabila Barisan Nasional mengalami tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke-12 yang menyaksikan 5 buah negeri ditawan oleh Pakatan Pembangkang. Sambutan Hari Malaysia sebenarnya dimulakan oleh Pakatan Pembangkang selepas memenangi beberapa buah negeri pada PRU 2008.  Pulau Pinang memulakan cuti umum 16 September dan kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat bermula tahun 2010. Dalam usia 50 tahun, Malaysia walaupun dikhabarkan melalui krisis keyakinan khususnya kepada gabungan Barisan Nasional yang telah mentadbir sejak empat  dekad,  mengalami kemerosotan prestasi mereka dalam Pil

TEST POWER CARA AZALINA?

Ketika Ahli Parlimen P157 Pengerang yang juga mantan Ketua Puteri menyuarakan hasrat akan bertanding jawatan Ketua Wanita, mungkin ramai yang menganggap ianya selaras dengan laungan transformasi Perdana Menteri. Apa tidaknya, Ketua Wanita yang sedang ‘direhatkan’ ekoran pembabitan keluarganya dalam skandal lembu fidlot dikhabarkan tidak menyenangkan imej Wanita UMNO, walaupun banyak negeri menyatakan sokongan kepada beliau. Ironinya, Perdana Menteri sendiri seolah-olah merestui tampuk kepimpinan wanita dikekalkan dalam bentuk dan kepimpinan sekarang ini, yang diterajui oleh Datuk Seri Sharizat.  Apa tidaknya, walaupun tidak terpilih sebagai calon dalam PRU yang lepas, namun dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri dengan taraf sebagai menteri. Dengan anyaman tikar demokrasi yang baru dalam pemilihan UMNO pada kali ini, tentulah mudah untuk Perdana Menteri merestui Sharizat berbanding mengambil risiko daripada muka baru seperti Azalina. Pemilihan dalam UMNO buat per

SEPERTI KETAM …

Apabila Kerajaan yang prihatin seperti Kerajaan Malaysia yang telah memerintah selama 56 tahun melaksanakan tanggungjawab membela rakyat yang merupakan tradisi mereka, tentulah ramai rakyat Malaysia merasa bersyukur tinggal di bumi bertuah ini. Selama 56 tahun dan melalui 13 siri pilihanraya umum, pencapaian mereka tentulah boleh dibanggakan dan dipamerkan dalam ‘Hall of Fame’ .  Sebut sahaja apa bidang pun, kesihatan, pendidikan dan perumahan pencapaian mereka sangat memberangsangkan.  Bukan saya mengampu atau menulis untuk terpilih diberikan projek ataupun lantikan kepada senator kerana ‘memaklumkan akan mendedahkan kotak rahsia’.  Bukan,  ini adalah realitinya. Dengan penglibatan agensi berkaitan kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan PR1MA dan lain-lain lagi, isu perumahan rakyat terus menjadi agenda utama Kerajaan. Namun jika diteliti, penglibatan SPNB dan PR1MA kategori perumahan yang dilibatkan dalam segmen harga rendah masih kecil b