KORBAN, BERKORBAN & TERKORBAN

Sah sudah, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding kerusi Naib Presiden UMNO.  Pada masa ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Selain, Datuk Mukhriz dua lagi tokoh yang menawarkan diri menjadi calon Naib Presiden adalah masing-masing yang pernah bertanding iaitu Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad, yang masing-masing adalah mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Walaupun, Datuk Mukhriz menyokong kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sekarang ini, namun dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan salah satu daripada tiga kekosongan kerusi Naib Presiden menghantar isyarat yang jelas kepada para perwakilan siapakah yang patut dikorbankan dalam pemilihan kali ini.

Daripada segi ‘seniority’ tiga orang Naib Presiden sekarang ini, Datuk Seri Zahid Hamidi adalah yang paling kanan baik daripada segi usia mahupun daripada segi jawatan politik. 

Datuk Seri Zahid Hamidi, dalam usia 60 tahun, pernah menduduki  kerusi Ketua Pemuda dan Naib Presiden dalam UMNO, Shafie Apdal pula akan berusia 56 tahun Oktober nanti manakala Hishamuddin Hussein yang pernah memegang tampuk Kerusi Pemuda sebelum terpilih sebagai Naib Presiden berusia 52 tahun.

Dua lagi calon yang menawarkan diri adalah Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam, yang tidak berada dalam ‘kabinet’ sekarang ini, namun masih mempunyai pengaruh yang kuat khususnya Tan Sri Isa Samad yang menjadi Pengerusi FELDA.  Tanyalah siapa sahaja mengenai kekuatan ‘politik’ orang lama seperti Tan Sri Isa Samad, tentu sedikit sebanyak mampu menggusarkan lawannya.

Tan Sri Isa Samad yang pernah menduduki kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan 2004 dengan undi tertinggi sebanyak 1507 mengalahkan Datuk Seri Ali Rustam (1329) dan Timbalan Perdana Menteri sekarang yang menduduki tempat ketiga dengan undi sebanyak 1234.  Namun lembaga disiplin UMNO telah menggantung keahlian Tan Sri Isa kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Walaupun Datuk Mukhriz menggunakan sentimen ‘wakil utara’ bagi merasionalkan penawarannya namun sebenarnya sentimen ‘wakil utara’ telahpun digunakan oleh Datuk Shafie Apdal sebelum ini kerana isteri beliau adalah dari Kedah!

Dengan slogan ‘Berani Berubah’ yang dilontarkan oleh Datuk Mukhriz yang mengadaptasinya sejak pemilihan pada 2009, tentulah para perwakilan tertunggu-tunggu apa perubahan yang bakal dibawa oleh Menteri Besar Kedah ini.

Datuk Mukhriz juga mempunyai kekuatannya sendiri selain pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda, beliau juga mendapat undian tertinggi bagi kerusi Exco Pemuda UMNO pada pemilihan tahun 2004.

Walauapapun slogan mahupun janji yang ditawarkan oleh calon-calon yang bertanding khususnya bagi kerusi Naib Presiden UMNO, pemilihan kali ini sungguhpun kerusi  Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi setakat ini, namun senario pertandingan pada tahun ini tentulah tidak sama seperti sebelum ini.

Bagi kerusi Naib Presiden UMNO, jika disusun mengikut urutan tahun kelahiranmengikut kedudukan pada masa ini  ianya akan kelihatan seperti ini: 1953, 1961, 1957, 1949, 1949 dan 1964.

Dengan hanya tiga calon yang bakal mengisi kerusi Naib Presiden UMNO, siapakah yang bakal dikorbankan, berkorban atau terkorban pada pemilihan kali ini?

Adakah penawaran Datuk Mukhriz yang baru sahaja dinobatkan menjadi Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dianggap terlalu cepat, memandangkan bahawa jika Pilihanraya Umum ke-14 dijadikan ukuran, bukankah pemilihan kali ini seperti belum waktunya.

Alasan yang diberikan Datuk Mukhriz untuk mewajarkan bertanding sesuatu yang dianggap tidak begitu meyakinkan, bukankah dengan menjadi Menteri Besar Kedah, Pengerusi Perhubungan Negeri, dan kemudiannya bakal dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi, apa lagi yang dimahukan oleh beliau, hanya tuan tubuh sahaja yang mampu merungkainya!

Bukankah dengan jawatan sedia ada pun boleh menyumbang dan berubah, mengapa perlu mengocak ketenangan kerusi Naib Presiden sedia ada pada masa ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ameno bakal terkorban..hi hi hi..
Tanpa Nama berkata…
apala nak jadik ngan ameno,..makin nazak berebut jwatan..
SIS berkata…
Datuk Mukhriz masih punya semangat n cita-cita...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?