Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

SELAMAT JALAN MURRABI UMMAH

Tok Guru Nik Aziz yang meninggalkan kita semua semalam bukanlah sosok yang mudah kita temui.  Saya secara peribadi tidak begitu mengenali Allahyarham kecuali sejak beberapa tahun yang lalu apabila menyertai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Sdr. Dinsman. Di bawah PAKSI pelbagai program telah digerakkan, namun yang paling menjadi kenangan adalah pementasan teater Abul Asy’ yang diilhamkan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz ketika hayatnya.  Idea asalnya disampaikan sendiri oleh Allahyarham kepada Sdr. Dinsman yang kemudiannya mengolah menjadi sebuah teater yang dipentaskan di sebuah hotel di Kota Bharu pada tahun 2012. Teater Abu Asy’ mempunyai sejarahnya sendiri apabila menggabungkan pelakon lelaki dan wanita berlakon bersama-sama di sebuah pementasan.  Teater tersebut juga adalah bagi mengenengahkan artis-artis yang berhijrah menyertai parti PAS.  Antaranya adalah pelakon Abby Abadi, penyanyi Aishah, Bob Lokman, Abu Bakar Juah dan Zack Idris. Allahyarham menonton

PEMIDANG MENGHINA, SIAPA ANJINGNYA?

Insiden paparan kain pemidang yang menghina kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika berlangsungnya Piala Sumbangsih di antara Pahang Darulmakmur dan Johor Darultakzim memang mendukacitakan. Memang ramai yang mengkritik keras kepimpinan FAM sebelum ini termasuk saya, namun penghinaan seperti itu, apatah lagi disiar secara langsung dan ditonton oleh ramai rakyat dan peminat bolasepak Malaysia adalah sesuatu yang menghiris hati. Saya tergamam apabila anak saya yang masih di sekolah rendah bertanyakan mengenai pemidang besar itu, untuk siapa ditujukan dan adakah dibolehkan penggunaan imej anjing oleh orang Melayu Islam.  Terkedu saya sebentar, sukar untuk memberikan penjelasan. Walaupun dikhabarkan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)  dengan pantas, mengambil tindakan, ramai yang percaya bahawa keberanian peminat bolasepak negeri itu untuk mempamerkan imej anjing dengan tujuan menghina kepimpinan FAM didalangi oleh pihak-pihak tertentu. Bukanl

LATUK JACKIE CHAN AA!

Ketika saya tinggal di Bandar Baru Seri Petaling sekitar sedekad yang lalu, dikhabarkan bahawa pelakon terkenal Hong Kong memiliki dua blok bangunan kondominium di kawasan tersebut.  Namun berita itu tidak dapat disahihkan.  Ketika itu, saya beranggapan bahawa Malaysia adalah destinasi pilihan pelakon terkenal Hong Kong itu. Semalam ketika Wilayah Persekutuan menyambut ulangtahunnya yang ke-43 dengan tema Wilayahku Ceria, nama Jackie Chan tiba-tiba meledak kembali.  Saya hampir tersedak apabila dilaporkan bahawa Jackie Chan dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk. Ini bukanlah kali pertama seorang artis luar menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.  Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan pernah dianugerah gelaran Datuk pada tahun 2008.  Anugerah ini juga mendapat reaksi sinis rakyat Malaysia apatah lagi golongan seniman di negara ini. Seperti juga anugerah yang diberikan kepada Shah Rukh Khan pada tahun 2008 yang memaksa Ketua Menteri Mel

SALUTE MALAYSIA?

Anehnya, penganjur kempen Salute Malaysia merujuk kepada acara Sure Heboh yang sebenarnya telah menerima kritikan secara terbuka dan dengan pantas menukar acara santai untuk seisi keluarga dengan nama Jom Heboh. Dengan lambakan pelbagai istilah bahasa Inggeris dalam kehidupan harian kita, jati diri rakyat Malaysia khususnya golongan muda semakin terhakis.  Adakah kita patut bangga dengan Bangsar South, Precint, Bolouevard dan sebagainya. Yayasan Perdana Ummah khabarnya meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris pada kempen kesedaran semangat cintakan Malaysia, yang dianjurkan oleh mereka.  Memanglah sesuatu yang terpuji untuk menggerakkan kempen sedemikian apatah lagi pada ketika ini semangat jati diri dan cintakan negara semakin menipis seperti lapisan ozon. Ironinya, penganjur khabarnya telah melakukan soal selidik dan mendapati pelajar-pelajar sekolah telah memilih untuk menggunakan Salute Malaysia berbanding Tabik Malaysia.  Adalah tidak