Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

HEBAT SANGAT KLIA HINGGA TIDAK BERBOMOH …

Ketika kita sedang hebat mempergiatkan usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, dengan bantuan negara-negara lain dengan pelbagai cara mencakupi ruang udara, laut dan darat, ada juga usaha-usaha spiritual. Seperti yang diungkapkan oleh mantan juruterbang Kapten Nurudin Abd Majid, “apabila kekehebatan sains berakhir, di situlah mulanya kekuasaan Allah SWT.” Namun apabila muncul pula seorang bomoh yang menggunakan kaedah tersendiri, tiba-tiba Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa “rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur syirik, khurafat serta penipuan”.   Hebatnya JAKIM sehingga dengan hanya melihat boleh membuat kesimpulan bahawa bomoh yang dimaksudkan bergulat dengan syirik, khurafat dan penipuan. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang mempercayai dengan perbomohan, namun saya tidak pernah menolak jika ada rakan-rakan yang mahukan saya menemani mereka untuk tujuan tersebut.  In

CERITA AYAM RM1 & MENTERI KE PASAR

Memang seronok tinggal di Malaysia, ketika kita sedang berduka dengan kehilangan misteri pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal, kita dihiburkan oleh Perdana Menteri yang membeli ayam dengan harga RM1. Bukanlah niat saya mempersendakan Perdana Menteri, namun laporan Perdana Menteri membeli ayam dengan harga RM1 sebenarnya adalah penawar duka ketika kita sedang berhiba dengan kehilangan pesawat MH370. Tidak pasti apa motifnya, namun Perdana Menteri yang melawat NSK Trade City di Kuchai Lama bagi majlis pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014 dikhabarkan berjaya membeli seekor ayam dengan harga RM1.  Khabarnya disediakan sebanyak 1000 ekor ayam. Saya tidak begitu pasti sama ada Perdana Menteri dibodohkan atau sengaja membodohkan diri untuk mempercayai bahawa ayam yang dibelinya hanya berharga RM1. Jikapun saya yang menjadi peniaga, dan Perdana Menteri berhasrat untuk melakukan majlis di premis saya, tentulah saya juga akan menawarkan sesuatu

APA SELEPAS BERSALAH ANWAR?

Akhirnya Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Pakatan Rakyat didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya yang tidak lari ketika cuba diliwat. Berita disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama lima tahun bukanlah satu berita yang memeranjatkan.  Ini kerana kerajaan BN memang berhasrat untuk menegakkan keadilan demi mangsa liwat yang teraniya kerana tidak melarikan diri ketika cubaan meliwat. Kita sepatutnya merasa bangga kerana kesungguhan kerajaan BN memastikan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpalnya.  Namun apabila tiada siapa pun ‘terdakwa’ dalam kes PKFZ yang bernilai berbillion ringgit, mungkin kita terpaksa juga menerima hakikat bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini. Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan gaya kerajaan BN khususnya para pengundi di Kajang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur dengan usaha kerajaan BN melewatkan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam Pilihanraya Ke

LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!

Cerita lembu dan sapi bukanlah cerita yang baru.  Tidak pernah kita dapat membeli minyak ‘lembu’ tetapi yang diperolehi adalah minyak ‘sapi’.  Walaupun minyak sapi dihasilkan daripada susu lembu, namun kredit kepada lembu bukan sahaja tidak ada, malah dinafikan pada aspek komersilnya. Sabtu lalu, telah berlangsung upacara perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  yang diberi nama sempena DYMM Yang DiPertuan Agong telah mula digunakan dan dibuka untuk manfaat rakyat. Kisah pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang pertama kali disuarakan pada tahun 1992, kemudiannya dirancang pada tahun 1996 namun ia hanya mula dibina pada tahun 2008, ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, lagipun Pulau Pinang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri ketika itu, maka tentulah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah mahu jambatan kedua menjadi realiti. Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina pada tahun 1982, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, dan s