LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!

Cerita lembu dan sapi bukanlah cerita yang baru.  Tidak pernah kita dapat membeli minyak ‘lembu’ tetapi yang diperolehi adalah minyak ‘sapi’.  Walaupun minyak sapi dihasilkan daripada susu lembu, namun kredit kepada lembu bukan sahaja tidak ada, malah dinafikan pada aspek komersilnya.

Sabtu lalu, telah berlangsung upacara perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  yang diberi nama sempena DYMM Yang DiPertuan Agong telah mula digunakan dan dibuka untuk manfaat rakyat.

Kisah pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang pertama kali disuarakan pada tahun 1992, kemudiannya dirancang pada tahun 1996 namun ia hanya mula dibina pada tahun 2008, ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, lagipun Pulau Pinang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri ketika itu, maka tentulah sebagai Perdana Menteri, Pak Lah mahu jambatan kedua menjadi realiti.

Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina pada tahun 1982, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, dan selepas lebih tiga dekad dan pertambahan kenderaan yang menggunakan jambatan tersebut dan cerita kesesakan di atas jambatan seolah-olah menjadi satu rutin.  Maka sebab itulah usaha merealisasikan pembinaan jambatan kedua dilaksanakan, ketika itu Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menterinya.

Itu kisah pra pembinaan jambatan Pulau Pinang pada tahun 2006, selepas beberapa ketika pembinaannya dimulakan pada tahun 2008 dan selepas tsunami pilihanraya pada Mac 2008, pemerintahan Pulau Pinang beralih daripada Gerakan BN kepada DAP Pakatan Rakyat.

Akhirnya selepas dua kali Pilihanraya Umum dan usaha merebut Pulau Pinang daripada pembangkang gagal, jambatan kedua Pulau Pinang siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada 1 Mac 2014 yang lalu.

Ironinya, jambatan kedua dibina bermula dari Batu Kawan yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang.  Tentulah visi dan wawasan beliau sebagai Ketua Menteri terkandas selepas peralihan pemerintahan negeri kepada DAP.

Walaupun Perdana Menteri dalam ucapannya menyebut bahawa “…inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia.  Oleh itu adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara”.

Sebagai seorang pemimpin tentulah beliau merasa terkilan kerana usaha merampas kembali Pulau Pinang dari pembangkang gagal pada PRU 13 yang lalu, namun demi manfaat rakyat dan negara rasa terkilan ini haruslah diketepikan. 

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang panjangnya 24 km keseluruhannya dan 16.9 km terhampar di atas air adalah yang terpanjang di Asia Tenggara.  Diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir, direalisasikan oleh Tun Abdullah Badawi dan akhirnya sehingga kini diwarisi oleh Lim Guan Eng.

Jika Negeri Selangor terpaksa membelanjakan lebih RM9 billion ringgit untuk mengambilalih konsesi air di negeri itu, nampaknya Kerajaan Pulau Pinang DAP lebih beruntung kerana pembinaan Jambatan Kedua yang akan menjadi satu lagi ikon dan pemangkin ekonomi negeri dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan modal.


Betullah kadang-kadang lembu perlu berkorban untuk sapi mendapat namanya!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
3 Mac 2014 4:37 PTG

sapa la yg jadik lembu tu..

5 Mac 2014 7:58 PG

sian siapa yg jd lembu...

Tanpa Nama
6 Mac 2014 11:36 PTG

nasib ko le lembu...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger