Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

WITHOUT FEAR OR FAVOUR

Begitulah muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.   Kisahnya mengenai perlantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru.   Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet Julai lepas. Pengerusi PAC itu memberi jaminan bahawa siasatan mengenai entiti strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diteruskan tanpa rasa gentar dan berpihak. Bunyinya memang menarik kerana selepas Pengerusi PAC yang lepas dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC seperti tergantung kerana khabarnya tidak boleh diteruskan tanpa pengerusinya. Ketika pengerusi dan bebearapa ahli dalam PAC dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC menjadi tempang dan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Pengerusi.  Kini selepas tiga bulan, PAC mendapat pengerusinya yang baru. Antara yang diungkapkan oleh Pengerusi PAC yang baru ini adalah usaha untuk terus menyiasat 1M

DAHULUKAN SIAPA KENAIKAN TOL?

“Gampang betul, hari itu GST, lepas tu tak lama tu minyak, ni duduk tak duduk harga tol pulak nak naik, menda nak jadilah dengan dia orang ni..” Itu petikan dialog daripada filem yang telah diubahsuai suaranya.  Filem asalnya adalah filem Anakku Sazali , karya seniman agung Tan Sri P Ramlee.  Filem yang diubahsuai itu berdurasi 1:45 minit kini menjadi viral di media sosial. Kisah kenaikan tol memang mengejutkan.  Apa tidaknya, kenaikan pada kali ini agak besar dan sangat membebankan.  Dikhabarkan kenaikan pada kali ini adalah diantara RM0.10 dan RM6.00.  Soalnya berapa banyak tol yang hanya naik RM0.10? Sekadar contoh, laluan tol yang saya kerap gunakan adalah Lebuhraya SILK Kajang yang dahulunya adalah RM1.00, kini telah menjadi RM1.80 kenaikan sebanyak 80%!  Apakah rasional kenaikan sebanyak ini, atau adakah kerajaan (baca:BN) bersetuju untuk mengenakan rakyat Kajang kerana menolak mereka dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan kemudiannya dalam Pilihanraya Kecil pula.