DAHULUKAN SIAPA KENAIKAN TOL?

“Gampang betul, hari itu GST, lepas tu tak lama tu minyak, ni duduk tak duduk harga tol pulak nak naik, menda nak jadilah dengan dia orang ni..”

Itu petikan dialog daripada filem yang telah diubahsuai suaranya.  Filem asalnya adalah filem Anakku Sazali, karya seniman agung Tan Sri P Ramlee.  Filem yang diubahsuai itu berdurasi 1:45 minit kini menjadi viral di media sosial.

Kisah kenaikan tol memang mengejutkan.  Apa tidaknya, kenaikan pada kali ini agak besar dan sangat membebankan.  Dikhabarkan kenaikan pada kali ini adalah diantara RM0.10 dan RM6.00.  Soalnya berapa banyak tol yang hanya naik RM0.10?

Sekadar contoh, laluan tol yang saya kerap gunakan adalah Lebuhraya SILK Kajang yang dahulunya adalah RM1.00, kini telah menjadi RM1.80 kenaikan sebanyak 80%!  Apakah rasional kenaikan sebanyak ini, atau adakah kerajaan (baca:BN) bersetuju untuk mengenakan rakyat Kajang kerana menolak mereka dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan kemudiannya dalam Pilihanraya Kecil pula.

Di terowong Smart yang tidak cukup bijak pula kenaikan adalah sebanyak RM1.00 atau 50%.  Purata kenaikan di kebanyakan tol adalah daripada 17 hingga 80%.

Alasan yang sering digunakan oleh pihak Kerajaan adalah kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana perjanjian konsesi yang memungkinkan kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol.  Adakah kebebalan kerajaan menyediakan perjanjian yang menguntung pemegang konsesi kini terpaksa ditanggung pula oleh rakyat.

Apakah kerajaan (baca:BN) sedang melindungi dan bersubahat dengan pemegang konsesi untuk meningkatkan pendapatan mereka supaya boleh pula disalurkan sebagai ‘habuan’ kepada rakyat.

Malah ada pula kenyataan ‘bangang’ daripada para pemimpin BN yang mengecam kerajaan Selangor dalam kenaikan tol khusunya di Lembah Kelang dengan alasan bahawa mereka juga memiliki saham dalam syarikat konsesi tol.

Sebenarnya rakyat tidak pun tahu bahawa kerajaan negeri memiliki saham di dalam syarikat konsesi sehinggalah kekecohan beberapa tahun lalu di laluan tol Batu 9 Jalan Cheras.  Ketika itu, kerajaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.  Rupanya selama ini kerajaan-kerajaan negeri memang memiliki saham kerana memudahkan urusan pengambilan tanah untuk pembinaan laluan bertol.

Ironinya, rebat tol yang diumumkan beberapa ketika dahulu kini telah ditiadakan secara senyap.  Apakah tiada sesuatu kaedah untuk mengkaji semula perjanjian konsesi yang telah ditanda tangani sebelum ini.

Petikan manifesto BN ketika Pilihanraya Umum ke-13 antara lain mengungkapkan demikian.

“Dalam tempoh 5 tahun ini,  kami berjanji untuk:  “mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat”, mungkin yang dimaksudkan adalah bayaran tol antara bandar dan bukan dalam bandar.

Biar apa pun alasan yang diberikan, ternyata kenaikan tol pada kali ini memang akan menjadi punca ‘sumpahan’ kepada kerajaan sedia ada.  Bayangkan setiap kali melalui tol, pasti akan menyumpah kenaikan melampau kadar tol sehingga membebankan rakyat.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
rakyat kena kencing..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?