WITHOUT FEAR OR FAVOUR

Begitulah muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.  Kisahnya mengenai perlantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi PAC yang baru.  Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet Julai lepas.

Pengerusi PAC itu memberi jaminan bahawa siasatan mengenai entiti strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diteruskan tanpa rasa gentar dan berpihak.
Bunyinya memang menarik kerana selepas Pengerusi PAC yang lepas dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC seperti tergantung kerana khabarnya tidak boleh diteruskan tanpa pengerusinya.

Ketika pengerusi dan bebearapa ahli dalam PAC dilantik menjadi Timbalan Menteri, urusan PAC menjadi tempang dan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Pengerusi.  Kini selepas tiga bulan, PAC mendapat pengerusinya yang baru.

Antara yang diungkapkan oleh Pengerusi PAC yang baru ini adalah usaha untuk terus menyiasat 1MDB.  Bukan itu sahaja ditambah pula tanpa rasa gentar dan berpihak.  Perlantikan Ahli Parlimen Rompin itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

Selepas tiga bulan menanti untuk Pengerusi yang baru, kini kita perlu pula menunggu Jawatankuasa Pemilih memilih tiga lagi ahli yang telah ditiadakan dalam keahlian PAC berikutan rombakan kabinet.

Hanya selepas itu, pengerusi baru boleh memanggil mesyuarat untuk membincangkan perkara-perkara yang tergantung khususnya mengenai 1MDB.

Jika dilihat daripada kata-kata pengerusi PAC yang baru dilantik, rasanya kita terpaksa menunggu lebih lama untuk mengetahui kesihatan 1MDB.  Cuba teliti kata-kata pengerusi PAC yang baru.

“Saya tidak boleh nyatakan dengan pasti bila boleh memanggil mesyuarat PAC, kerana perlu menunggu perlantikan yang lain, tetapi jika saya boleh mengadakan mesyuarat dalam sesi sidang (Parlimen) ini, sudah tentu saya akan lakukan”


Maka, dengan itu selamat menunggu dengan sabar.  Bukankah sabar itu separuh dari iman!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?