Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

SIMPANAN TETAP, SIMPANAN BERKALA & SIMPANAN BERMUSIM …

Beberapa orang teman merungut mengenai iklim ekonomi yang kurang memberangsangkan. Menurut mereka hal ini terpancar dan sangat dirasai. Saya tidak begitu merasakannya kerana pertama, saya tidak sangat terlibat dengan projek-projek kerajaan secara langsung dan yang kedua ialah dalam beberapa keadaan saya masih dianggap ‘makan gaji’ walaupun seringkali makan hati! Seorang teman saya yang pernah saya bantu dalam sebuah projek mengeluh, kakitangan di pejabatnya hanya menerima separuh gaji sejak bulan kedua 2011 yang lalu, malah saya sendiri diminta membantu tanpa apa-apa bayaran kecuali bayaran perundingan berdasarkan projek diterima daripada pihak kerajaan, itupun selepas pembayaran oleh pihak Kerajaan. Ada pula teman-teman yang telah mula ‘mengelat’ untuk membuat simpanan secara berkala yang lazimnya dilakukan setiap bulan kerana keperluan-keperluan yang lebih mendesak. Walaupun menurut seorang teman saya, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan melalui pelbagai kae

BULAN APRIL & SASTERA ...

Imej
Hari ini genap tiga dekad pemenang Anugerah Sastera Negara yang pertama diumumkan. Keris Mas atau nama sebenarnya Tuan Haji Kamaluddin Mohammad telah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij dunia sastera tanah air. Anugerah Sastera Negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, YAB Dato’ Hussein Onn, adalah anugerah oleh Kerajaan Malaysia di mana pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah warkah penghormatan negara, kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta serta kemudahan untuk menerbitkan karya, di samping mendapat kemudahan perubatan percuma di Wad Kelas Satu di mana-mana hospital sepanjang hayat. Selepas tiga dekad, kita telah menyaksikan sepuluh sasterawan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara, dengan yang terakhir pada tahun 2009 yang diterima oleh Datuk Dr. Anwar Ridhwan. Selama tiga puluh tahun juga pelbagai peristiwa oleh Sasterawan Negara mengisi perjalanan sastera tanah air, antaranya i

LEGA ...

Saya berasa amat lega membaca laporan akhbar bagaimana seorang pegawai bank dipenjara dan didenda kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank. Mangsanya ialah seorang Timbalan Menteri yang maklumat akaunnya didedahkan kepada pihak ketiga seorang penyiasat persendirian. Pendedahan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain pada saya boleh dianggap sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan rentetan hal-hal yang boleh mengancam nyawa seseorang atau keluarganya, malah pendedahan seumpama ini tentulah juga mampu merobek kredibiliti daan reputasi seseorang khususnya orang politik seperti yang berlaku kepada Timbalan Menteri yang menjadi mangsanya. Walaupun ini adalah kes pertama seumpamanya yang dibicarakan, saya percaya sebenarnya pelbagai kes seumpama ini pernah berlaku tetapi mungkin tidak menjadi begitu serius kerana mangsanya adalah orang-orang biasa seperti anda dan saya. Berurusan dengan bank di negara kita, dengan tahap kesedaran konsumerisma yang senipis ku