BULAN APRIL & SASTERA ...


Hari ini genap tiga dekad pemenang Anugerah Sastera Negara yang pertama diumumkan. Keris Mas atau nama sebenarnya Tuan Haji Kamaluddin Mohammad telah terpilih sebagai penerima anugerah berprestij dunia sastera tanah air. Anugerah Sastera Negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, YAB Dato’ Hussein Onn, adalah anugerah oleh Kerajaan Malaysia di mana pemenangnya akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah warkah penghormatan negara, kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta serta kemudahan untuk menerbitkan karya, di samping mendapat kemudahan perubatan percuma di Wad Kelas Satu di mana-mana hospital sepanjang hayat.

Selepas tiga dekad, kita telah menyaksikan sepuluh sasterawan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara, dengan yang terakhir pada tahun 2009 yang diterima oleh Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

Selama tiga puluh tahun juga pelbagai peristiwa oleh Sasterawan Negara mengisi perjalanan sastera tanah air, antaranya ialah mogok seni oleh SN A. Samad Said pada tahun 2000 dan yang terakhir ialah peristiwa novel Interlok karya seorang lagi Sasterawan Negara, SN Abdullah Hussain yang dikecam hebat sehingga beberapa frasa dipinda kerana tuntutan sebagai teks KOMSAS.

Melihat kepada bilangan Sasterawan Negara yang telah menerima anugerah ini, tentulah dapat disimpulkan bahawa penilaian yang dibuat oleh panel pemilih ini adalah sangat teliti dan berhati-hati dengan nisbah hanya seorang setiap tiga tahun, ini bermakna kita hanya akan ada dua puluh orang Sasterawan Negara menjelang 2041!

Harapannya mungkin dalam dua puluh orang yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara akan ada wakil dari Malaysia yang telah juga menerima Hadiah Nobel bagi kategori sastera nanti, InsyaAllah.


Catatan Kaki: Ini bukan entri penyendal, tulisan ini telah dirancang dalam kepala sejak sekian lama, namun hambatan tugas dan kelangsungan hidup memaksa entri ini hanya dimayakan pada hari ini.

Ulasan

anep berkata…
salam tuan, sibuk pilihanraya sarawak ke..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?