Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

PEGUAM VS PENDANDAN RAMBUT – SIAPA JADI PILIHAN?

Semalam dikhabarkan dalam Parlimen bahawa upah yang diterima oleh Peguam Shafiee bagi kes Anwar Ibrahim hanyalah RM1000.00 (baca: seribu sahaja). Bagi seorang peguam seperti Shafiee, yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi untuk sebarang kes yang diwakili oleh beliau, tentulah jumlah yang disebut oleh Menteri di dalam Parlimen hanya akan menjadi bahan lawak. Peguam Shafiee mengambil masa agak lama kerana kes Liwat II yang dijalankan khabarnya antara yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan di negara kita. Beberapa minggu yang lalu, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan membetulkan kenyataan isteri Perdana Menteri yang khabarnya membangkitkan bayaran bagi dandanan rambut yang sebut oleh Datin Seri Rosmah Mansor iaitu RM1200.00. Siapa pun pun tahu, tugas dandanan dan peguam adalah dua jenis tugas ikhtisas, namun tugas seperti peguam Shafiee mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun apatah lagi yang melibatkan kes seperti Liwat II. Namun bagi seorang pen

MH370 SELEPAS 8,760 JAM …

Imbas kembali pada 8 Mac 2014.  Betul, ketika dikhabarkan oleh seorang kenalan, saya beranggapan bahawa itu adalah gurau paginya, tambahan pula kenalan saya selalu sahaja menghantar berita-berita separa mengarut sebelum ini. Namun apabila menonton di kaca televisyen apatah lagi hari keesokkannya adalah hari Ahad.  Terpaku dan terkedu malah seperti tidak percaya pesawat milik syarikat penerbangan nasional benar-benar hilang dari kesanan radar. Ketika itu, portfolio Menteri Pengangkutan dipangku oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn yang memangku sehingga MCA menyelesaikan kemelut mereka. Sejak kehilangannya pada 8 Mac 2014 yang lalu, tiada sebarang petunjuk yang konkrit mengenai nasib kesemua warga MH370.  Apa yang lebih menyedihkan adalah curahan pelbagai spekulasi yang tidak berkesudahan tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Misteri kehilangan MH370 belum lagi terjawab sehingga kini, ramai yang mendakwa itu dan ini, namun h

BENARKAH ADA YANG TIDAK KENA PADA 1MDB?

Pertama kali saya mendengar mengenai 1MDB adalah beberapa tahun yang lalu apabila seorang kenalan saya memaklumkan bahawa 1MDB ada juga menyumbang kepada PIBG sekolah yang memohon dana daripadanya.  Saya tidak begitu terperanjat apatah lagi ianya adalah sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Ketika itu, mahu saja saya mencemuh mereka-mereka yang mempertikaikan entiti seperti 1MDB.  Selepas itu saya mendengar pula 1MDB juga menyumbang pakej mengerjakan haji melalui Yayasan 1MDB.  Ketika itu, saya memang telah jatuh ‘cinta’ dengan sikap prihatin yang dipaparkan oleh 1MDB. Akhir-akhir ini pecah banyak cerita dan berita mengenai 1MDB.  Malah sejak penghujung tahun lalu sehingga ke hari ini setiap hari akan ada berita yang dilaporkan mengenai 1MDB.  Cerita-cerita manis tidak lagi dapat menutup cerita-cerita negatif mengenai 1MDB walaupun kesahihan cerita-cerita negatif masih diragui. Malah, pelbagai peringkat pemimpin bercerita mengenai 1MDB.  Daripada pegawai awam, swasta

KEMPEN PENURUNAN HARGA 2015!

Imej
Semalam dilancarkan kempen penurunan harga barangan di seluruh negara.  Dikhabarkan bahawa lebih 82,000 produk keperluan harian seperti makanan dan pakaian ditawarkan dengan diskaun antara 10 hingga 70 peratus.  (Kempen Pernurunan Harga yang ditunjukkan hanya sekitar 3% daripada harga asalnya - Gambar dari http://teganukita.my) Kempen besar-besaran pada kali ini melibatkan lebih 1,000 cawangan pasar raya di seluruh negara.  Sebanyak 16 pasar raya besar mengambil bahagian.  Pasar raya besar yang terlibat adalah Aeon Big, Giant, Mydin, Milimewa, Econsave, 99 Speed dan The Store. Ironinya kempen penurunan harga barang yang dilancarkan bermula semalam adalah selepas kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak RM0.25 sen selepas hanya beberapa ketika diturunkan. Tidak pasti adakah harga barangan yang diturunkan adalah barang-barang keperluan seharian atau barangan kurang perlu seperti pakaian atau lain-lain barangan. Adakah pasar raya yang menurunkan harg

JENAYAH CINTA - APA PERANAN KITA?

Jenayah cinta atau ‘passionate crime’ kini semaca fenomena, pada bulan lepas sahaja dua kes yang serius dilaporkan. Pada bulan lepas sahaja telah ada dua kes dan satu kematian yang disebabkan oleh ‘kegilaan melampau’.  Tidak pasti sama ada kedua-duanya pernah dilaporkan kepada pihak polis tetapi tidak pasti adakah pihak polis mengambil tindakan susulan atau membiarkan sahaja sebagai satu ‘perlakuan sosial’ oleh pasangan muda. Kes yang pertama membabitkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nursyuhada Johari berusia 20 tahun maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dikelar oleh teman lelakinya.  Puncanya adalah masalah hubungan cinta oleh teman sekampungnya. Anehnya, dikhabarkan pelajar tersebut dilarikan oleh suspek dari pusat pengajiannya dan diperhatikan oleh rakan-rakannya.  Malah menurut keluarga mangsa, laporan polis juga pernah dibuat kerana mangsa sering diganggu. Nampaknya seorang lagi mangsa menambah statistik pembunuhan kerana ‘masa