BENARKAH ADA YANG TIDAK KENA PADA 1MDB?

Pertama kali saya mendengar mengenai 1MDB adalah beberapa tahun yang lalu apabila seorang kenalan saya memaklumkan bahawa 1MDB ada juga menyumbang kepada PIBG sekolah yang memohon dana daripadanya.  Saya tidak begitu terperanjat apatah lagi ianya adalah sebagai satu tanggungjawab sosial korporat.

Ketika itu, mahu saja saya mencemuh mereka-mereka yang mempertikaikan entiti seperti 1MDB.  Selepas itu saya mendengar pula 1MDB juga menyumbang pakej mengerjakan haji melalui Yayasan 1MDB.  Ketika itu, saya memang telah jatuh ‘cinta’ dengan sikap prihatin yang dipaparkan oleh 1MDB.

Akhir-akhir ini pecah banyak cerita dan berita mengenai 1MDB.  Malah sejak penghujung tahun lalu sehingga ke hari ini setiap hari akan ada berita yang dilaporkan mengenai 1MDB.  Cerita-cerita manis tidak lagi dapat menutup cerita-cerita negatif mengenai 1MDB walaupun kesahihan cerita-cerita negatif masih diragui.

Malah, pelbagai peringkat pemimpin bercerita mengenai 1MDB.  Daripada pegawai awam, swasta malah pemimpin politik bukan sahaja daripada pihak pembangkang malah jua daripada kerajaan.  Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah antara yang lantang mengkritik mengenai 1MDB. 

Yang terkini dikhabarkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pengurusan tertinggi dalam 1MDB disiasat.

Ini berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report sebuah NGO berpengkalan di luar negara mendakwa mempunyai salinan dokumen yang membuktikan urus niaga mencurigakan dalam perjalanan perniagaan 1MDB yang melibatkan usahasama dengan PetroSaudi.

Pengerusi PAC dikhabarkan bersedia agar 1MDB dipanggil untuk memberikan penjelasan.  Tindakan ini adalah dianggap tepat bagi mengurangkan fitnah yang berterusan terhadap 1MDB.

1MDB juga mencuri tumpuan apabila Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang pertama sejak penubuhannya digantikan dengan Arul Kanda yang kini menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan yang baru berkuatkuasa awal Januari 2015 yang lalu.

Tidak cukup dengan itu, 1MDB juga dikaitkan dengan hutang yang sangat tinggi mencecah RM41.9 billion dan telah berikrar untuk tidak membuat hutang baharu.

"Tiada hutang baharu yang akan diraih melainkan untuk membiayai semula hutang sedia ada atau bagi pembiayaan projek," menurut Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

Dengan pelbagai dakwaan salah laku dan urus tadbir oleh pihak pembangkang, mungkin pihak 1MDB boleh mengaturkan sesi dialog dan ‘roadshow’ ataupun memberikan penerangan kepada rakyat dan orang awam tentang halatuju strategik syarikat tersebut bukan sahaja kepada semua tetapi juga kepada pemimpin kerajaan supaya tidak lagi menjadi ‘beg pasir’ untuk latihan membina stamina menjelang PRU 14.

Walauapapun yang didakwa atau dinafikan cerita 1MDB dan penglibatannya dengan rakyat Malaysia sudah layak menjadi sebuah ‘material’ yang cukup ampuh untuk diangkat sebagai sebuah filem yang penuh drama!


Mungkin ada sesiapa yang boleh mendanai cerita 1MDB untuk diangkat ke layar perak?
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
4 Mac 2015 9:35 PG

sapa agaknya sesuai pegang watak AK..

Tanpa Nama
5 Mac 2015 11:10 PTG

TAK APA PUN 1MDB DIA MAKSUM.

6 Mac 2015 9:42 PG

boleh tanya sama pokok apa sebab goyang...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger