JENAYAH CINTA - APA PERANAN KITA?
Jenayah
cinta atau ‘passionate crime’ kini
semaca fenomena, pada bulan lepas sahaja dua kes yang serius dilaporkan.
Pada
bulan lepas sahaja telah ada dua kes dan satu kematian yang disebabkan oleh ‘kegilaan
melampau’. Tidak pasti sama ada kedua-duanya
pernah dilaporkan kepada pihak polis tetapi tidak pasti adakah pihak polis
mengambil tindakan susulan atau membiarkan sahaja sebagai satu ‘perlakuan
sosial’ oleh pasangan muda.
Kes
yang pertama membabitkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang,
Nursyuhada Johari berusia 20 tahun maut dalam keadaan menyedihkan apabila
lehernya dikelar oleh teman lelakinya. Puncanya
adalah masalah hubungan cinta oleh teman sekampungnya.
Anehnya,
dikhabarkan pelajar tersebut dilarikan oleh suspek dari pusat pengajiannya dan
diperhatikan oleh rakan-rakannya. Malah
menurut keluarga mangsa, laporan polis juga pernah dibuat kerana mangsa sering
diganggu.
Nampaknya
seorang lagi mangsa menambah statistik pembunuhan kerana ‘masalah mental’.
Beberapa
hari lalu dikhabarkan pula sorang suri rumah, Rorniza Fadzil dilanggar dan
diculik oleh bekas suaminya yang telah berpisah sejak 7 bulan yang lalu. Malah
ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya sering diganggu bekas suaminya.
Tidak
pasti pula apakah laporan polis pernah dibuat sebelum ini.
Apakah
boleh difikirkan kaedah perundangan yang
membolehkan pihak polis memanggil dan memantau perlakuan suspek yang telah
dilaporkan kepada pihak polis supaya tiada lagi kejadian buruk seperti yang
menimpa Nur Syuhada Johari mahupun Rorniza Fadzil.
Apakah
pihak-pihak seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
serta agensi-agensi seperti Women’s Aid Organisation (WAO) boleh memikirkan
mekanisme untuk membendung keganasan mental untuk mengelakkan kejadian tidak
diingini.
Pihak
polis pula boleh juga mencadangkan supaya suspek dalam kes keganasan boleh
diminta untuk menghadirkan diri setiap beberapa ketika sama ada secara bulanan,
suku tahun mahupun setengah tahun serta diberikan amaran dan jaminan polis bagi
membendung kes-kes keganasan seperti yang terjadi sebelum ini.
Adakah
kita perlu menunggu lebih banyak keganasan dilakukan, berlaku kematian dan
kecederaan yang teruk sebelum bertindak.
Ulasan