JENAYAH CINTA - APA PERANAN KITA?

Jenayah cinta atau ‘passionate crime’ kini semaca fenomena, pada bulan lepas sahaja dua kes yang serius dilaporkan.

Pada bulan lepas sahaja telah ada dua kes dan satu kematian yang disebabkan oleh ‘kegilaan melampau’.  Tidak pasti sama ada kedua-duanya pernah dilaporkan kepada pihak polis tetapi tidak pasti adakah pihak polis mengambil tindakan susulan atau membiarkan sahaja sebagai satu ‘perlakuan sosial’ oleh pasangan muda.

Kes yang pertama membabitkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nursyuhada Johari berusia 20 tahun maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dikelar oleh teman lelakinya.  Puncanya adalah masalah hubungan cinta oleh teman sekampungnya.

Anehnya, dikhabarkan pelajar tersebut dilarikan oleh suspek dari pusat pengajiannya dan diperhatikan oleh rakan-rakannya.  Malah menurut keluarga mangsa, laporan polis juga pernah dibuat kerana mangsa sering diganggu.

Nampaknya seorang lagi mangsa menambah statistik pembunuhan kerana ‘masalah mental’. 

Beberapa hari lalu dikhabarkan pula sorang suri rumah, Rorniza Fadzil dilanggar dan diculik oleh bekas suaminya yang telah berpisah sejak 7 bulan yang lalu. Malah ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya sering diganggu bekas suaminya.

Tidak pasti pula apakah laporan polis pernah dibuat sebelum ini.

Apakah boleh difikirkan kaedah  perundangan yang membolehkan pihak polis memanggil dan memantau perlakuan suspek yang telah dilaporkan kepada pihak polis supaya tiada lagi kejadian buruk seperti yang menimpa Nur Syuhada Johari mahupun Rorniza Fadzil.

Apakah pihak-pihak seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi-agensi seperti Women’s Aid Organisation (WAO) boleh memikirkan mekanisme untuk membendung keganasan mental untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pihak polis pula boleh juga mencadangkan supaya suspek dalam kes keganasan boleh diminta untuk menghadirkan diri setiap beberapa ketika sama ada secara bulanan, suku tahun mahupun setengah tahun serta diberikan amaran dan jaminan polis bagi membendung kes-kes keganasan seperti yang terjadi sebelum ini.

Adakah kita perlu menunggu lebih banyak keganasan dilakukan, berlaku kematian dan kecederaan yang teruk sebelum bertindak.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kes GT makin banyak akhir2 ini..
Tanpa Nama berkata…
alfatihah kepada mangsa rorniza fadzil yang meninggal dunia petang tadi..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?