Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

TOL OH TOL!

Imej
Gambar retorik: Penutupan Plaza Tol Salak Jaya pada 24 Feb 2009, ihsan Utusan Malaysia Apabila Hero Hindustan yang menggantikan Hero Tamil sebagai Menteri yang bertanggungjawab mengenai urusan tol di Negara ini mengumumkan penutupan dua plaza tol dalam bulan Februari, saya berpendapat bahawa inilah hadiah terbaik untuk rakyat. Dan si hero Hindustan yang sama pula membuka pintu kepada sesiapa sahaja (baca: bukan rakyat jelata) untuk menyemak perjanjian konsesi yang dahulunya diklasifikasi sebagai Rahsia Rasmi oleh si hero tamil, maka bertambahlah kekaguman kepada pentadbiran dan ketelusan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ‘come work with me’ ! Tiba-tiba kurang seminggu daripada penutupan plaza tol di Salak Jaya (dengan titah Kabinet) maka pengumuman kenaikan tol yang bakal bermula 1 Mac 2009 nanti, khabarnya kenaikan ini telah ditangguhkan sejak 14 bulan yang lalu, sepatutnya kenaikan ini ialah pada 1 Januari 2008 dan jika kenaikan itu menjadi realiti pada ketika itu, tentu ki

HARGA SEBUAH KEJUJURAN!

Imej
Honesty is the best policy! Itulah frasa yang sering disogok kepada saya sedari kecil sehinggalah sekarang. Saya masih terus mendakap prinsip ini walaupun masyarakat sering bercanggah pendapat mengenai amalan kejujuran. Bukankah salah satu tonggak dua belas ialah aspek kejujuran, malah kejujuran memang dituntut dalam semua agama dan kepercayaan. Tetapi saya agak ragu apakah kejujuran masih lagi dihargai dewasa ini. Cuba renungkan senario ini: Seorang teman meminta anda tolong untuk mengepos suratnya. Kerana terlalu banyak yang perlu anda ingati, anda benar-benar terlupa (bukan disengajakan). Ketika ditanya teman anda, anda pun berkata benar – bahawa anda benar-benar terlupa dan akan melakukannya selepas itu, dan apa yang anda dapat selain dari kata-kata yang kurang enak untuk didengar, kerana berlaku jujur. Tetapi jika anda ‘menipu’ kepada teman itu bila ditanya bahawa anda telahpun mengepos suratnya, ucapan terima kasih dengan tambahan sinis – engkaulah kawan aku dunia akhirat, amboi

HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA

Imej
Poster Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2009 Di tengah kemelut bantahan mengenai PPSMI oleh pejuang-pejuang bahasa. Hari BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA diraikan pada setiap 21 Februari saban tahun. Hari ini diraikan bertujuan mendasari kepelbagaian budaya, bahasa dan lingusitik. Bahasa sentiasa menjadi agenda penting dalam objektif-objektif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) . Bahasa ibunda adalah alat yang paling ampuh bagi mengekal dan membangunkan warisan ketara dan tidak ketara. Segala usaha penggunaan bahasa ibunda bukan sahaja sebagai galakan kepelbagaian linguistik dan pendidikan multilingual, meningkatkan kesedaran terhadap bahasa ibunda, bahkan juga sebagai wadah perpaduan berasaskan kefahaman, toleransi dan dialog pelbagai budaya di dunia ini. Hak mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perisytiharaan Bangsa-bangsa Bersatu sehingga Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan 21 Februari sebagai Har

MENGINSAFI KEBOBROKAN DALAM 'SLUMDOG MILLIONAIRE'

Imej
Anak-anak Slumdog Millionaire : Jamal, Saleem & Latika Jamal & Latika - (Dev Patel & Freida Pinto) Jamal & Hos 'Prem' - Dev Patel & Anil Kapoor Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah intipati dalam filem Slumdog Millionaire . Berlatarbelakang kota metropolitan dan kebobrokan kota Mumbai dengan kepadatan penduduknya berjumlah 15 juta, filem ini bertolak seperti gerabak keretapi dari stesen ke stesen. Menyingkap pengalaman hidup Jamal Malik yang memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan dalam rancangan kuiz yang disertainya. Slumdog Millionaire mengingatkan saya kepada sikap dan sifat serta persepsi manusia yang sering berprasangka: misalnya jika seorang yang biasa-biasa sahaja memakai berlian atau permata dia akan dianggap memakai barang tiruan atau palsu tetapi jika seorang bangsawan memakai permata hatta palsu sekalipun dia dianggap memakai permata yang asli! Itulah premis dalam filem Slumdog Millionaire , watak uta

MENYONGSANG KEDEWASAAN DALAM 'THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON'

Imej
Lazimnya kehidupan seorang insan ialah kelahiran dari rahim ibunya, membesar dan dewasa sehinggalah usia mencapai sesuatu tahap sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini. Tetapi bagi Benjamin Button yang lahir sebagai warga emas dengan usia hampir 80 tahun, keadaan adalah sebaliknya. Filem 'The Curios Case of Benjamin Button' yang diangkat daripada cerpen karya F. Scott Fitzgerald , memang menuntut pemahaman mengenai proses kedewasaan yang songsang. Lakonan Brad Pitt yang memegang watak Benjamin Button , filem arahan David Fincher . Penulis lakon layar Eric Roth yang juga menulis lakonlayar bagi filem 'Forest Gump' memilih pendekatan yang sama: penceritaan oleh wataknya yang dibaca daripada catatan diarinya. Filem sepanjang 2 jam 47 minit ini memang menghiburkan menyelusuri watak-wataknya dalam pelbagai dimensi, misalnya Queenie (Taraji P. Henson) yang menjadi penjaga rumah warga emas, di mana Benjamin Button ditinggalkan oleh bapanya dan kemudian kembali men

CLEANER, DISPATCH & COMPANY DRIVER

Imej
Gambar Hiasan: Hati manusia Ada kata-kata keramat yang mengatakan untuk mengenal hati budi seseorang itu, cubalah berada di tahap yang paling bawah misalnya jika anda mengalami kejatuhan dalam karier mahupun perniagaan, dan barulah kita tahu siapa rakan sebenar dan rakan semasa senang sahaja. Saya pula memang sentiasa menguji dan menyakat teman-teman baru saya semacam satu proses ‘vetting’ untuk menapis rakan-rakan yang boleh dijadikan sahabat dan teman. Bukanlah sukar untuk menyisih kawan-kawan yang layak dianggap sahabat, misalnya jika saya bertemu kawan-kawan baru di dalam seminar, persidangan atau majlis-majlis dan bila ditanya apa yang saya lakukan: company driver . Dan apabila saya mengulang bahawa saya seorang company driver , diringi ‘ooohh’ dan kemudian berlalu begitu sahaja. Pernah juga sekali seorang penerbit buku yang sudah mapan terkedu dan mengucapkan tahniah kepada gagasan yang saya kemukakan dalam sebuah majlis apabila saya memperkenal diri sebagai ‘company driver’ d

AMBO, DEMO, MEREKA & KITA...

Imej
Saya selalu mengabadikan hari Jumaat dengan aktiviti seminima mungkin dan yang kurang membebankan minda saya. Itulah kelaziman saya menjalani kehidupan hari Jumaat saya sekian lama. Seperti biasa, menghadap TV3 untuk menonton Buletin Utama , saya beberapa kali membetul dan mengubah saluran, sangka saya saya tersilap saluran, namun itu juga yang saya lihat di kaca televisyen. Apa tidaknya aksi demonstrasi jalanan menghiasi kaca televisyen saya, saya tergamam apakah itu berita dari negara jiran samada kota Bangkok ataupun Jakarta, ternyata saya silap, lokasinya ialah di Kuala Kangsar Bandar DiRaja ! Bandar DiRaja Kuala Kangsar memang lazimnya menjadi persinggahan kami sekeluarga samada dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung di utara, apa yang menambat kami untuk singgah di bandar tepi sungai ini – Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar . Apa yang saya saksikan benar-benar mengecewakan, lebih 3000 rakyat Malaysia (pedulilah mereka itu penyokong PAS, PKR ataupun Pakatan Rakyat) merusuh d

ANUGERAH PERANGSANG EKONOMI!

Imej
Gambar Hiasan - tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati! Ramai orang berbakti kepada agama, bangsa dan Negara dengan pelbagai cara dan tidak kira di mana atau bagaimana. Saya juga telah bertekad untuk berbakti kepada agama, bangsa dan Negara dengan cara saya, pedulilah jika cara saya agak tidak konvensional malah lari dari kebiasaan orang berbakti. Bukankah semuanya bertolak dari nawaitu, ialah niat kita. Biar saya rencanakan bagaimana saya mahu berbakti. Saya ingin menjadi penganjur sebuah anugerah yang berprestij walaupun tidak sehebat Anugerah Nobel ataupun Anugerah Merdeka. Tapi percayalah anugerah ini bakal menyuntik semangat baru kepada rakyat Negara ini. Anugerah ini saya namakan Anugerah Perangsang Ekonomi (APE) ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) anjuran akhbar Berita Harian. Obejktif utama anugerah ini ialah memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan atau membantu merangsang ekonomi Negara kita. Sumbangan ini

100 MINIT YANG MENYIKSAKAN!

Imej
Saya tidak pernah tersiksa seperti ini. Walaupun pernah putus cinta untuk kali yang ke-14, saya tidak pernah sesiksa ini. Hampir 100 minit di sebuah pawagam di Cheras, saya benar-benar rasa tersiksa yang amat. Sebabnya ialah filem badut murahan: Sifu & Tongga . Saya tidak pasti apakah rasional filem itu diterbitkan dengan segala kebodohan watak-watak dan pencipta wataknya. Walaupun saya telah menonton ratusan filem sejak pandai menonton, tetapi percayalah, saya tidak pernah rasa sesiksa ini menonton filem. Apa yang tidak kena dengan filem ini: semuanya. Walaupun dibintangi pelakon-pelakon hebat industri filem Melayu, tetapi saya rasa amat sedih kepada Nabil Raja Lawak kerana filem pertamanya sungguh menghampakan, mungkin bukan sangat sebab lakonannya tetapi kerana filem yang dibintanginya. Bukannya saya tidak pernah menonton filem-filem murahan dan berbajet rendah, pernah dalam pelbagai genre dan bahasa, tetapi Sifu & Tongga benar-benar menyiksakan. Akhirnya saya sudah membua