100 MINIT YANG MENYIKSAKAN!


Saya tidak pernah tersiksa seperti ini. Walaupun pernah putus cinta untuk kali yang ke-14, saya tidak pernah sesiksa ini. Hampir 100 minit di sebuah pawagam di Cheras, saya benar-benar rasa tersiksa yang amat. Sebabnya ialah filem badut murahan: Sifu & Tongga.

Saya tidak pasti apakah rasional filem itu diterbitkan dengan segala kebodohan watak-watak dan pencipta wataknya. Walaupun saya telah menonton ratusan filem sejak pandai menonton, tetapi percayalah, saya tidak pernah rasa sesiksa ini menonton filem. Apa yang tidak kena dengan filem ini: semuanya. Walaupun dibintangi pelakon-pelakon hebat industri filem Melayu, tetapi saya rasa amat sedih kepada Nabil Raja Lawak kerana filem pertamanya sungguh menghampakan, mungkin bukan sangat sebab lakonannya tetapi kerana filem yang dibintanginya.

Bukannya saya tidak pernah menonton filem-filem murahan dan berbajet rendah, pernah dalam pelbagai genre dan bahasa, tetapi Sifu & Tongga benar-benar menyiksakan.

Akhirnya saya sudah membuat kesimpulan jika inilah filem yang dihasilkan oleh 'sarjana' perfileman, saya tidak pasti apakah acuan yang sama oleh para pelajar 'sarjana' perfileman ini. Yalah kalau guru kencing berdiri, anak murid mungkin kencing berlari!

Selepas ini, rasanya saya lebih suka disiksa dari tersiksa menonton filem seperti Sifu & Tongga! Pedulilah jika filem ini diterbitkan oleh pengeluar yang memenangi anugerah filem-filem terbaik seperti SEPI dan CINTA. Saya benar-benar kecewa dengan rasional penerbitan dan pembabitan mereka. Saya seperti tertipu dengan 'Three Stooges'

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,tuan tersiksa dengan filem semcm itu,saya lebih tersiksa dengan kebisuan tuan..siksanya!
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, kawan saya dah menonton dan setuju S&T memang filem bodoh lagi membodohkan..selamat duit aku..baik aku siksa diri ngan isap rokok..
Tanpa Nama berkata…
mmg truk saya dh tonton..setuju dgn tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..kalau tn kata lebih tersiksa dr putus cinta 14x..mmg sahlah crite tu cukup menyeksakan untuk nonton sampai habis..
Tanpa Nama berkata…
teruk bebebor la tu..saya yakin dgn pertimbangan tuan,sbb yg bagus kata bagus, dan yg sebaliknya terimala padah 'sarjana'..teruskan
Tanpa Nama berkata…
hoi ustazah..yg ko bebel pasal tuan sakat sal apa lak..tuan sakat citer pasal filem..ko ni..sasau apa..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,saya kira 'sarjana' tu jgn la buat filem semata nak semarak industri aje,kononnya.elok ambik cuti 'sabatical' untuk muhasabah diri..jgn lupa bawak adik bradik sama..
Tanpa Nama berkata…
perabih duit aje filem ni.dah tu pulak mesti ada 3 stooges..haha
Tanpa Nama berkata…
saya penah tgk 'the making of S&T' mmg teruk pun..saya setuju dgn tuan..
Tanpa Nama berkata…
citer ni x membngun minda..malangnya dibuat oleh 'sarjana'....
Ajami Hashim berkata…
saya setuju dengan tuan rumah ;-)

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?