HARI BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA

Poster Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2009


Di tengah kemelut bantahan mengenai PPSMI oleh pejuang-pejuang bahasa. Hari BAHASA IBUNDA ANTARABANGSA diraikan pada setiap 21 Februari saban tahun. Hari ini diraikan bertujuan mendasari kepelbagaian budaya, bahasa dan lingusitik. Bahasa sentiasa menjadi agenda penting dalam objektif-objektif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bahasa ibunda adalah alat yang paling ampuh bagi mengekal dan membangunkan warisan ketara dan tidak ketara. Segala usaha penggunaan bahasa ibunda bukan sahaja sebagai galakan kepelbagaian linguistik dan pendidikan multilingual, meningkatkan kesedaran terhadap bahasa ibunda, bahkan juga sebagai wadah perpaduan berasaskan kefahaman, toleransi dan dialog pelbagai budaya di dunia ini.

Hak mempelajari dan menggunakan bahasa ibunda adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perisytiharaan Bangsa-bangsa Bersatu sehingga Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.

Separuh daripada 6700 bahasa yang dituturkan pada hari ini di seluruh dunia bakal lenyap sebelum penghujung abad ini jika tiada tindakan segera oleh Kerajaan-kerajaan dan komuniti penutur yang terbabit. Program Bahasa Terancam UNESCO menggerakkan kerjasama antarabangsa untuk memberi tumpuan kepada permasalahan ini di samping menggalakan penyelesaian inovatif kepada komuniti, pakar dan pihak yang terlibat.

Bahasa ibunda adalah tradisi dan sejarah bagi setiap Negara di dunia ini. Bahasa ibunda harus terus hidup bagi kesejahteraan dan keamanan sejagat semua Negara di dunuia ini. Ianya harus dipertahankan sebagai satu tradisi, budaya, seni dan sains selain sejarah sesuatu bangsa.

Sambutan Hari Bahasa Ibunda 2009 adalah yang kesepuluh diraikan sejak diperkenalkan pada tahun 1999.

"Jangan bunuh bahasa saya. Jangan perlekehkan bahasa Melayu kerana sebagai orang Melayu, saya tidak akan berdiam diri andai bahasa saya diperkotak-katikkan oleh bangsa bukan Melayu," - Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Mohd Ali Hanafiah.


Masalahnya Bahasa Melayu bukan dibunuh dan diperlekeh oleh bangsa bukan Melayu tetapi anak Melayu sendiri. Seingat saya negara kita tidak pernah mempunyai Perdana Menteri mahupun Menteri Pelajaran/Menteri Pendidikan dari kalangan bangsa bukan Melayu. Lu pikirla sendiri!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,saya terharu membaca para akhir tulisan ini..saya setuju ..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..terima kasih kerana berkongsi ilmu..tak tau pun ada hari bahasa ibunda antarabangsa.. isu yang menarik tapi sedih la sebab bangsa melayu sendiri yang ketepikan Bahasa Melayu..tak bangga dengan bahasa ibunda sendiri..
Tanpa Nama berkata…
cayala bro..gua setuju 100% dgn para yg akhir..pembunuh bahasa melayu dari kalangan kita juga..hidup bro sakat..
Tanpa Nama berkata…
tak tau pun ada hari bahasa ibunda..patutnya org UMNO kena tau..supaya x jadi pembunuh bahasa ibunda..
Tanpa Nama berkata…
tahniah atas keperihatinan tuan...
Tanpa Nama berkata…
saya terharu tuan, ada hari bahasa ibunda..
Tanpa Nama berkata…
menginsafi nasib bahasa melayu di negara kita..
Tanpa Nama berkata…
sayang org mcm tuan terlalu sedikit kat negara kita..teruskan usaha tuan..
Tanpa Nama berkata…
Salam Kaki Sakat,

Sambutan yang menarik. Ini kali pertama saya dengar. Agaknya negara kita nak buat sambutan berbentuk macam mana?
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya teringat tuan sentiasa mengingati hari-hari yg sukar dikenang oleh org lain..itu salah satu keistimewaan tuan yg menambat saya..
Tanpa Nama berkata…
setuju dgn tuan,org melayu yg bunuh bahasa melayu..apa nak jadik negara aku..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU