CLEANER, DISPATCH & COMPANY DRIVER

Gambar Hiasan: Hati manusia


Ada kata-kata keramat yang mengatakan untuk mengenal hati budi seseorang itu, cubalah berada di tahap yang paling bawah misalnya jika anda mengalami kejatuhan dalam karier mahupun perniagaan, dan barulah kita tahu siapa rakan sebenar dan rakan semasa senang sahaja.

Saya pula memang sentiasa menguji dan menyakat teman-teman baru saya semacam satu proses ‘vetting’ untuk menapis rakan-rakan yang boleh dijadikan sahabat dan teman. Bukanlah sukar untuk menyisih kawan-kawan yang layak dianggap sahabat, misalnya jika saya bertemu kawan-kawan baru di dalam seminar, persidangan atau majlis-majlis dan bila ditanya apa yang saya lakukan: company driver. Dan apabila saya mengulang bahawa saya seorang company driver, diringi ‘ooohh’ dan kemudian berlalu begitu sahaja. Pernah juga sekali seorang penerbit buku yang sudah mapan terkedu dan mengucapkan tahniah kepada gagasan yang saya kemukakan dalam sebuah majlis apabila saya memperkenal diri sebagai ‘company driver’ dua tiga minggu yang lepas dan berlalu tanpa berjabat salam pun! Aduhai manusia – mungkin pada tanggapannya hina sangat agaknya seorang CEO berkenalan dengan seorang ‘company driver’.

Malah berkenalan di alam maya samada melalui panggilan ‘salah nombor’ ataupun menghulur salam dalam laman sembang: saya selalu menegaskan samada saya ‘company driver’ atau ‘despatch’, dan selepas bertukar-tukar nombor telefon dan mula menghubungi kawan baru tadi, dia akan bertanya: You ni yang kerja apa yea? Kerja – company driver, lepas itu, dialognya ialah : boleh tak panggil semula, khabarnya dia agak sibuk, dan selepas tiga kali memberi alasan yang bernada sama – lu pikirlah sendiri!

Malah seorang teman saya meminjam idea ini untuk menguji bakal isterinya: bila ditanya dia hanya kata dia seorang ‘despatch’ sehinggalah kepada keluarga bakal isterinya dan isterinya sehinggalah isterinya mengikuti teman saya berpindah ke Kuala Lumpur selepas majlis perkahwinan barulah diketahui bahawa suaminya bukanlah seorang ‘despatch’ seperti yang diuar-uarkan, alasannya sama seperti saya ialah untuk mengenal hati budi bakal isteri dan keluarganya. Nota: Isterinya ialah seorang guru berijazah lepasan program KPLI.

Keseronokan untuk mengenali hati budi teman-teman selalu menjadikan saya mempunyai teman-teman yang sedikit tapi berkualiti: meminjam cakap teman saya ialah apa perlu punya ramai teman tanpa kualiti seorang sahabat!

Sebenarnya saya seorang ‘company driver’ pun, but I don’t drive car: I drive company!


Catatan Kaki: Tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sambutan 'Valentine's Day' yang khabarnya ros merah melambung harganya - 14 Februari!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan: catatan kehidupan yg menarik. Saya mungkin seorang ustazah,tapi keinginan utk mencari pasangan yg romantis membuak-buak, rindunya saya pada tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..isteri teman tn ks tu mmg sejati dan cintanya tulus.. susah nak jumpa..harap teman ks tak persiakannya..zaman skrg sahabat yang betul2 nak susah bersama2 jarang2 jumpa dah..pandai2 la cari kawan jgn tersalah pilih kawan..diri sendiri yang merana terutama salah pilih kekasih atau pasangan hidup..
Tanpa Nama berkata…
aik ustzh cam tau-tau je tn ks ni romantaik...
Tanpa Nama berkata…
idea yg bernas..leh tiru tak tuan..
Tanpa Nama berkata…
ramai org zaman skrg materialistik..
Lebih kurang lah kita. Saya seorang JAGA manakala isteri sekadar tukang sapu.

Sebagai editor...tidak lebih juga sebagai tukang jaga gate / gate keeper. Sama lah istilahnya dengan JAGA.

Manakala isteri yang menjadi guru senonim dengan kerjanya menyapu papan hitam / putih.
Tanpa Nama berkata…
apa ada pada jawatan yg penting..masyuk..apa mcm tuan..ok tak..
Tanpa Nama berkata…
gua jd dispatch pun tak pe janji gaji rm 5 RIBU awek pulak fasya sanda...hahaha..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,saya masih ingat tuan juga menggunakan company driver kpd saya tetapi tahap intelek tuan terlalu tinggi utk seorang drebar..dan saya kehilangan tuan kerana tidak mampu berfikir di bawah garisan..
Tanpa Nama berkata…
manusia dewasa ini bersifat materialistik..dan mudah melabel..
khancha2692 berkata…
salam tuan ks....saya seorang personal driver & despatch....tuan ks lebih mengenali saya....ternyata jawatan itu di anggap hina oleh sesetengah org, sy pernah melaluinya suatu ketika dulu....saya redha dgn segala cemuhan & hinaan.....terima kasih atas penghinaan...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?