MENYONGSANG KEDEWASAAN DALAM 'THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON'



Lazimnya kehidupan seorang insan ialah kelahiran dari rahim ibunya, membesar dan dewasa sehinggalah usia mencapai sesuatu tahap sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini. Tetapi bagi Benjamin Button yang lahir sebagai warga emas dengan usia hampir 80 tahun, keadaan adalah sebaliknya.

Filem 'The Curios Case of Benjamin Button' yang diangkat daripada cerpen karya F. Scott Fitzgerald, memang menuntut pemahaman mengenai proses kedewasaan yang songsang. Lakonan Brad Pitt yang memegang watak Benjamin Button, filem arahan David Fincher. Penulis lakon layar Eric Roth yang juga menulis lakonlayar bagi filem 'Forest Gump' memilih pendekatan yang sama: penceritaan oleh wataknya yang dibaca daripada catatan diarinya.

Filem sepanjang 2 jam 47 minit ini memang menghiburkan menyelusuri watak-wataknya dalam pelbagai dimensi, misalnya Queenie (Taraji P. Henson) yang menjadi penjaga rumah warga emas, di mana Benjamin Button ditinggalkan oleh bapanya dan kemudian kembali menetap di sana dan menganggap Queenie sebagai ibunya.

Kisah cinta Benjamin Button yang berwarna-warni dimulai dengan cintanya kepada Daisy (Cate Blanchett) yang sering menemani neneknya di rumah jagaan warga emas. Kemudian beralih kepada Elizabeth Abott (Tilda Swinton) isteri kepada pengintip Rusia dan kembali semula kepada Daisy, perjalanan kehidupan Daisy seorang penari balet yang taksub kepada kariernya sehinggalah dia menemui kemalangan dan memilih untuk berjauhan dari Benjamin. Namun semarak cinta mereka sukar ditepis, akhirnya Daisy kembali kepada Benjamin sehingga mereka mempunyai seorang anak gadis. Perjalanan kehidupan Benjamin yang menjadi semakin muda dan akhirnya menjadi seorang bayi yang baru lahir adalah 'kisah misteri' dalam filem ini.

Filem ini mendapat 13 pencalonan dalam pelbagai kategori untuk anugerah Akademi termasuk filem dan pengarah terbaik.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan:rasa filem ni macam menarik..aje..saya blum pun mencuba menonton filem di pawagam,mungkin blog tuan adalah pemangkin saya menjadi kaki wayang..tuan juga agak misteri sifatnya..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..saya dah tonton filem ni..mmg best..sayu masa Benjamin Button tu papah bapa dia yang sakit untuk menikmati pemandangan lautan luas sebelum kematiannya.. walaupun bapa nya itu pernah membuang dirinya kerana dilahirkan tidak sempurna tua sebelum usia..
Tanpa Nama berkata…
mmg bagus filem ni..
Tanpa Nama berkata…
filem ini ada potensi menjadi filem terbaik ..saya dah menontonnya secara tidak sengaja!
Tanpa Nama berkata…
best citernya..
Tanpa Nama berkata…
akan saya tontonnya dlm waktu terdekat ini..tuan ks menonton seorang ke?
Tanpa Nama berkata…
filem ini patut ditonton utk kita menghargai kehidupan ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?