ANUGERAH PERANGSANG EKONOMI!



Gambar Hiasan - tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati!


Ramai orang berbakti kepada agama, bangsa dan Negara dengan pelbagai cara dan tidak kira di mana atau bagaimana. Saya juga telah bertekad untuk berbakti kepada agama, bangsa dan Negara dengan cara saya, pedulilah jika cara saya agak tidak konvensional malah lari dari kebiasaan orang berbakti. Bukankah semuanya bertolak dari nawaitu, ialah niat kita. Biar saya rencanakan bagaimana saya mahu berbakti.

Saya ingin menjadi penganjur sebuah anugerah yang berprestij walaupun tidak sehebat Anugerah Nobel ataupun Anugerah Merdeka. Tapi percayalah anugerah ini bakal menyuntik semangat baru kepada rakyat Negara ini. Anugerah ini saya namakan Anugerah Perangsang Ekonomi (APE) ala-ala Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) anjuran akhbar Berita Harian.

Obejktif utama anugerah ini ialah memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan atau membantu merangsang ekonomi Negara kita. Sumbangan ini boleh bersifat langsung mahupun tidak langsung. Misalannya tindakan-tindakan penerima anugerah ini dapat melariskan akhbar atau menyebabkan sebuah stesen TV membantutkan usaha untuk menamatkan kontrak pekerja-pekerjanya, sekadar contoh.

Penerima anugerah ini tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau kumpulan, individu atau organisasi – dalam ertikata lain anda dan saya juga boleh dicalonkan untuk menerima anugerah ini, malah tidak ada kekangan akademik siapa sahaja boleh dicalon dan menerima anugerah ini, misalnya posmen atau bekas tentera, pembuli jalanan, pelayan restoran, penconteng graffiti, perosak telefon awam, pegawai kerajaan yang rasuah, lupa pulak blogger pengampu, penulis surat layang, pengirim SMS berantai, pun boleh juga dipertimbangkan. Anda bebas mencalon siapa sahaja yang difikirkan layak, selagi justifikasi kelayakan pencalonan mereka meyakinkan panel pemilih.

Untuk penerima Anugerah Perangsang Ekonomi yang pertama ini, saya sudah pun mempunyai calon-calonnya: Calon-calonnya ialah seorang posmen yang bertukar menjadi ahli politik menentang Kerajaan dan kemudian sedar selepas menerima ‘sedekah’ dan kembali menyokong Kerajaan.

Calon kedua ialah bekas pengerusi sebuah agensi Kerajaan, pernah menjadi Ahli Parlimen, pernah keluar parti yang memilihnya menjadi calon dan pergi ‘makan angin’ beberapa hari ke parti lawan dan selepas sedar ‘lemah perjuangannya’ kembali ke parti yang telah dianutinya sejak tahun 70an.

Calon seterusnya ialah seorang bekas tentera yang berjuang untuk Negara kemudian menceburi politik menentang Kerajaan dan akhirnya setelah sedar dari lena yang panjang kembali menyokong Kerajaan.

Rasional bagi pencalonan saya untuk mereka dipertimbangkan menerima anugerah ini ialah mereka merangsang ekonomi Negara: melariskan akhbar-akhbar dengan tindakan positif mereka, membantutkan usaha stesen TV memberhentikan pekerja kontrak mereka, menyemarakkan peruncitan Negara khususnya kedai-kedai kopi, menyemarakkan minat membaca dan menonton TV dan mendengar radio, ini akhirnya akan menyumbang kepada pembelian lebih banyak TV, bahan bacaan, mungkin juga radio. Sekarang anda tentu jelas bagaimana mereka layak dicalonkan kerana merangsang ekonomi. Anda juga berhak untuk tidak setuju dengan pencalonan saya atau rasional pencalonan ini. Selamat mencalon untuk Anugerah Perangsang Ekonomi (APE)!

Catatan Kaki: Tulisan di atas disesuaikan daripada Kertas Cadangan Asas Anugerah Perangsang Ekonomi yang akan dimajukan kepada pihak Kerajaan. Calon-calon bagi anugerah ini tidak berhak mempertikaikan pencalonan mereka kecuali jika mereka memilih untuk mencalon diri sendiri! Penaja dialu-alukan!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, tulisan yang kritis dan sinis. Tapi rasanya anugerah itu sesuai pada masa ini ialah sewaktu dunia dilanda kegawatan ekonomi,APE mampu jadi pemangkin..blog ini merangsang saya menjadi pembaca blog..
Tanpa Nama berkata…
anugerah yang menarik..aku ada chan la kot..
Tanpa Nama berkata…
Idea yg bernas, saya skong tuan ..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..APE tu le jadi 'apa-apa aje'...tn ks pun ada can gak jadi calon sebab galakkan org gi cybercafe@beli pc@langgan broadband@beli buku2 yg jadi isu blog ks..dll..hidup tn ks..
Tanpa Nama berkata…
sian la si buaya la plak dapat hadiah APE..
Tanpa Nama berkata…
ha ha ha ha ..pedas pedas..bak air cepat..
Tanpa Nama berkata…
idea yg bernas..
Tanpa Nama berkata…
cadangan APE patut juga diberikan kpd yg dah meninggal dunia.cadangan saya kpd mendiang Altantuya..amacam..tapi dia warga luar..boleh ke..
Tanpa Nama berkata…
selamba je..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, X mustahil bakal jd kenyataan,tp yg penting..jgn lupa kekawan..
Tanpa Nama berkata…
satira yg sinis..saya seronok membaca blog tuan..sesuai dengan namanya KAKI SAKAT..hidup KS..
Tanpa Nama berkata…
saya pengkagum tuan..sy kenal tuan,tp tuan mgkin tak ingat kpd saya..teruskan tulisan/idea/pandangan yg bernas.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,adakah tuan pengamal 'pemikiran lateral' EDB..bnyk tulisan tuan condong kpd LT...
Tanpa Nama berkata…
saya suka satira ini..
Tanpa Nama berkata…
saya suka anugerah ini..mungkin menteri @ BPR boleh jg dicalonkan..
Tanpa Nama berkata…
patut pun bg kat dia org..tmabh satu lg anugerah ..anugerah katak..amacam..
Tanpa Nama berkata…
cantek..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?