HARGA SEBUAH KEJUJURAN!


Honesty is the best policy! Itulah frasa yang sering disogok kepada saya sedari kecil sehinggalah sekarang. Saya masih terus mendakap prinsip ini walaupun masyarakat sering bercanggah pendapat mengenai amalan kejujuran. Bukankah salah satu tonggak dua belas ialah aspek kejujuran, malah kejujuran memang dituntut dalam semua agama dan kepercayaan.

Tetapi saya agak ragu apakah kejujuran masih lagi dihargai dewasa ini. Cuba renungkan senario ini: Seorang teman meminta anda tolong untuk mengepos suratnya. Kerana terlalu banyak yang perlu anda ingati, anda benar-benar terlupa (bukan disengajakan). Ketika ditanya teman anda, anda pun berkata benar – bahawa anda benar-benar terlupa dan akan melakukannya selepas itu, dan apa yang anda dapat selain dari kata-kata yang kurang enak untuk didengar, kerana berlaku jujur. Tetapi jika anda ‘menipu’ kepada teman itu bila ditanya bahawa anda telahpun mengepos suratnya, ucapan terima kasih dengan tambahan sinis – engkaulah kawan aku dunia akhirat, amboi!

Itulah realiti dunia yang semakin sinis hari jni. Tetapi bagi saya, saya masih mahu berlaku jujur walaupun ianya menyakitkan! Honesty still is, and always will be, the best policy!.

Catatan Kaki: Dunia yang semakin sinis masih dambakan pemimpin yang jujur!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan.walaupun tulisan ini singkat tetapi punya makna yg tersirat..kejujuran mmg makin terancam. Seperti saya yg jujur menanti tuan..
Tanpa Nama berkata…
la ni susah nk cari org yg jujur sejujurnya..hatta keluarga kita sekali pun..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..kejujuran selalunya tergadai jika ada habuan disebaliknya..jika kita punya kawan yang jujur dgn kita..walau pahit ia amat menghargai kejujuran itu..
Tanpa Nama berkata…
yang pahit itu selalunya ubat..
Tanpa Nama berkata…
kejujuran dah jadi semacam komoditi..
Senang dikata, sukar dikota. Itulah hakikat sebenar.
Tanpa Nama berkata…
setuju sangat

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?