CATATAN PERJALANAN I


Saya temui lebih 20 buah 'bill board' seperti di atas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Mungkin lepas ini, saya mungkin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk memasang 'bill board' yang mungkin berbunyi lebih kurang seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Bahasa Melayu masuk UMNO ataupun yang berbunyi seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Melayu masuk UMNO. Harap-harap dapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Renungkan.

(Ini pula ialah laporan yang memungkinkan pemasangan 'bill board' seperti di atas, dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Februari 2008)

Abang Mustapa Ali masuk UMNO

MARANG 10 Feb. - Kedudukan Pas di Terengganu terus goyah apabila semakin ramai penyokongnya hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkan sebelum ini.
Terbaru, parti itu menerima tamparan hebat apabila abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali mengambil keputusan menyertai UMNO setelah kecewa dengan tindakan-tindakan pemimpin Pas yang tidak mencerminkan perjuangan Islam sebenar.

Zakaria Ali, 63, dari Alur Tuman bersama 20 penyokong Pas berikrar menyokong UMNO setelah berasa Pas telah lari daripada matlamat asal untuk memperjuangkan Islam dan tidak mampu membela kebajikan rakyat di negara ini.
Borang penyertaan Zakaria dan penyokong Pas yang lain ke dalam UMNO diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada majlis Penutup Perkampungan Hadhari Peringkat Daerah Marang di sini malam tadi. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar selaku Ahli Parlimen Marang dan Ketua UMNO Bahagian Marang. Zakaria ketika ditemui selepas itu berkata, Pas tidak berupaya untuk mentadbir sebuah negara kerana parti serta diri mereka pun tidak mampu ditadbir mengikut cara Islam.

''Kita patut mengekalkan pemerintah yang ada pada masa ini kerana hanya mereka yang mampu membela nasib rakyat.
''Jangan kita biarkan kerajaan yang ada sekarang dimusnahkan oleh mana-mana pihak dan beri mereka (BN) kepercayaan untuk terus memenangi pilihan raya akan datang," ujarnya.

Katanya, parti Pas tidak akan mampu mentadbir sebuah negara serta melaksanakan kesemua perkara yang dilakukan oleh BN selagi pemimpinnya tidak memperbaiki kepincangan dan memperbetulkan tindakan-tindakan mereka mengikut kehendak Islam sebenar.

Zakaria yang merupakan seorang pesara guru berkata, beliau berjaya menyekolahkan kesemua enam anaknya sehingga ke universiti hasil pelbagai dasar dan peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk membantu golongan memerlukan sepertinya.

''Jika kita lihat, kerajaan pada masa ini banyak membantu golongan miskin seperti anak-anak nelayan dan petani dengan menyediakan bantuan persekolahan sehingga ramai di kalangan mereka mampu menjadi doktor, arkitek dan peguam.

''Negara juga kini mempunyai sistem perbankan Islam serta Tabung Haji yang membantu meningkatkan ekonomi umat Islam," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik manakala Mustapa merupakan anak ketiga.

Menurut Zakaria, beliau yang membuat pemerhatian sejak tahun 1969 berharap Pas akan berubah, namun kecewa kerana perkara itu tidak pernah berlaku. Ketika ditanya sama ada Mustapa mengetahui penyertaannya ke dalam UMNO, katanya, hubungan mereka adik beradik tidak begitu rapat dan jarang berhubungan.

Mengenai anak-anaknya, jelas beliau, ia terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada menyokong UMNO atau Pas apabila tamat belajar nanti.
''Saya berasa mereka cukup bijak untuk menilai sendiri kerajaan mana yang lebih baik untuk mentadbir negara," ujarnya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tuan sakat, klau dpt tender cam 2..jgn lupa kwn-kwn yea. Syabas Kaki Sakat
Tanpa Nama berkata…
x caya, ada gak yg leh pk nk wat billboard cam 2..Malaysia boleh bro. Keep it up KS..
Kalau nak buktikan diri itu JANTAN ... masuk jawi! hehehehee
Tanpa Nama berkata…
betula selama ini nmpaknya hanya UMNO yg pejuangkan Islam.patut JAKIM belajar dari UMNO kot..
Tanpa Nama berkata…
Rasanya tuan perlu perbetulkan Timbalan Menteri Sumber Manusia adalah Dato' Noraini Ahmad..
Tanpa Nama berkata…
Ini cerita lama beb, abg pesuruhjaya pas tu memang ahli umno, tak yah nak kelabui mata masyarakat, cuma mencari ongkos di celahan propaganda politik.Cuma bagi umno jangan dok rasa yang hang tu masih kuat, ketahuilah ini era kebangkitan kaum yang tertindas, hidup nelayan !
Tanpa Nama berkata…
apalah si SIS 2 ngok sgt..kan 2 berita blan feb 2008, x reti2 lg..len kali baca dulu baru nk komen..issh..ishh..
Tanpa Nama berkata…
awatla hnag ni SIS ..hang ngaji x abis kot..
Tanpa Nama berkata…
Sorryla tuan silap komenlah..tak perasan tarikh berita....yang pentingnya martabat dan keunggulan Bahasa Melayu dipertahankan. 'Billboard' besar cam tu pun leh silap ejaan...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?