PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Encik Halim Ismail (Pengarah MBKM), Datuk Hj. Alimuddin &
Encik Ivan Ho (Pengerusi JK Penganjur PBAKL 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang lagi. Pesta buku yang telah berlangsung sejak 1982 adalah bagi kali yang ke 28. PBAKL 2008 yang telah mencatat bilangan pengunjung sebanyak 2.2 juta diharapkan akan menjadi tumpuan bukan saja setakat menambah bilangan pengunjung tetapi juga jualan kerana ramai teman-teman merungut jualan tidak memberangsangkan sungguhpun bilangan pengujung bertambah saban tahun.

Pada Khamis lalu, 30 Oktober, satu majlis pra-pelancaran telah diadakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

PBAKL 2009 dengan tema Buku: Lakaran Masa Depan akan berlangsung dari 17 - 26 April 2009, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain daripada penerbit, pengedar, penulis dan peruncit buku tempatan PBAKL 2009 juga akan menjadi medan penerbit-penerbit luar negara untuk mempromosi buku mereka. Difahamkan pada PBAKL 2009, aspek mengenai hak cipta termasuk pembelian dan penjualan hak cipta akan lebih diberi tumpuan di pusat pemadanannya (business and matching centre).

Walau apa pun diharapkan PBAKL 2009 mampu memberi talian hayat dan kelegaan kepada warga perbukuan memandangkan ekonomi dunia yang menguncup dan dingin!

p/s: Setiap kali PBAKL sentiasa teringat allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat, bekas KPPM yang bersungguh memastikan kejayaan PBAKL, sewajarnya beliau ditokohkan sebagai Bapa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Gua pernah miss soru..tapi gi PBAKL x pernah miss..
Tanpa Nama berkata…
Bro, entri lu yg memula pasal pesta buku 2008, ckp pasal org umno x pergi pesta buku, gua ingat itu MBKM mesti hantar kad jemputan peribadi kepada semua ahli umno..barula dia org nak dtg...hahahah..anyway thansk bro..
Tanpa Nama berkata…
Napa la dia buat masa 2..aku blm gaji lg..tak pe..aku simpan duit dari skrg..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, apa buku baru pbakl 2009? Harap ada jdul baru..idup kaki sakat..
Tanpa Nama berkata…
Jgn lupa siap cenderhati cam tahn ni...moga2 murah rezeki pbakl 2009 nanti.
Tanpa Nama berkata…
Napa namanya pesta sbb tulah ramai sgt org melayu pergi tapi x beli..yelah dah nama pun pesta..kena fikrkan nama barulak
Tanpa Nama berkata…
gua mesti pergi punya
Tanpa Nama berkata…
Pernah hilang anak kat Pesta buku 2004..next yr mesti pergi..
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah

Selaku penulis sepenuh masa, PBAKL 2009 telah mula dipromosikan dalam blog juga :)

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?