DEFINISI BARU PLUS?

Menteri Kerja Raya melancarkan logo baru PLUS ketika majlis sambutan Raya,
23 Oktober 2008 yang lalu.

PLUS = PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN
PLUS = PANTANG LALU ULUR SAJA
PLUS = POTONGAN LU UNTUK SAPA?

Saya teringat pesan arwah ayah saya: HIDUP INI MESTI IKHLAS!. Entahlah tiba-tiba sahaja saya semacam berperang dengan diri saya: Ikhlaskah saya?

Flashback: Kisah laluan masuk ke Bandar Mahkota Cheras yang diarahkan buka oleh YB Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya memang meninggalkan kesan yang bukan sedikit, kerana lebih 2 bulan kemelut laluan itu menjadi punca sengketa para penduduk dan syarikat konsesinya. Tiba-tiba semacam hero Hindustan muncul YB Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya, yang baru beberapa bulan mengambil alih tugas dari hero Tamil yang tewas pada PRU ke-12 tempohari.

Fast Forward: Tiba-tiba sahaja berita gempar bahawa pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Waduh semacam ada kesedaran sosial korporat, sahaja syarikat ini.

Katanya, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut. Menurutnya, pemberian diskaun tol oleh PLUS itu mencatat sejarah kerana kerajaan tidak membayar sebarang pampasan. Dianggarkan 800,000 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan sehari dengan 10 peratus daripadanya pada luar waktu puncak.

Soalnya apa perlu memberikan diskaun pada waktu luar puncak. Semacam tak ikhlas aja pemberian diskaun ini.

Insentif lain pula ialah melalui program Loyalti PLUS dengan pengguna kedua-dua lebuh raya boleh menikmati rebat tol lima peratus daripada nilai terkumpul bulanan minimum RM200 bermula 1 Januari.

Soalnya berapa ramai yang akan mencapai penggunaan RM200 sebulan bagi menikmati potongan RM10.00!


Dan si Hero Hindustan tadi pun dengan bangganya bersekongkol memperlekehkan rakyat. Hidup Malaysia!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, trima kasih kerana artikel ketidak ikhlasan PLUS! Idup kaki sakat..
Tanpa Nama berkata…
Diskaun bkn utk rakyat..retorik aja kot..
Tanpa Nama berkata…
tahniah kerana komen yang kritis..keep it up bro..
bungaraya berkata…
Tahi kucing la lo. Inisiatif seperti ini harus disokong. Yang tak boleh disokong ialah aktibiti menjobor.
elok gak kalau Plus buat satu hari bebas toll, seronot gak kan!? ataupun buat lerr diskaun 50% ka pada musim2 perayaan. syok gak!
Tanpa Nama berkata…
Nak pujuk rakyat la tu..ingat rakyat ni buta ka..
Tanpa Nama berkata…
apala bungaraya 2,dh tua nk mampus pun x tau maksud 'ikhlas'..jujurla pd diri sndiri, taula awk 2 kontraktor, x kan harga diri pun nak digadai. Ikhlas ke plus bagi ptgan waktu luar puncak.apa punya bangang nak mampusla si bungaraya! Hidup kaki sakat
Tanpa Nama berkata…
bunga raya 2 x sekolah kot.jd balaci aja..
Tanpa Nama berkata…
Elok baca novel baru berjudul 'The Balaci Code'...katanya baru terbit! Eh, aku sendiri pun belum baca.

Ada sesapa dah baca? Sekarang aku tengah baca cerpen baru 'Ayam-ayam Cinta'. cerpen nih lom terbit. Sebab aku sendiri yang garap. hahahaa
dek mari kita cari islam...

tanpa pakatan rakyat... tanpa bn

mari bersama abe berjuang dalam gerakan netizen perkasa di

http://aberamly.multiply.com
Tanpa Nama berkata…
kalau kita kaji dengan akal yang waras , semua orang nak untung kalau berniaga. PLUS pun nak untung, kalau boleh lagi cepat kerana ALP dia orang mungkin takut tak sempat nak merasa kot.sekurang-kurangnya jadi taik kucing lebih baik dari jadi taik khinzir ,betul tak bungaraya,kerana kita sebagai rakyat sudah lama ditaik-taikkan, masa ngundi aje yang kenal lobang jobor kite.(amacam bungeraye)
Unknown berkata…
kene tukar dari PLUS ker 'PhuLUS'
Sesekali nelayan bersuara boleh tahan bisanya, mengalahkan bisa ikan pari! KAyuh...kayuh... lan fisherman...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?