SYARAHAN UMUM IAIS

Professor Mohammad Hashim Kamali, Professor John Obert Voll &
Emeritus Professor Datuk Dr. Osman Bakar


Khamis lalu, 30 Oktober, saya berkesempatan menghadiri Syarahan Umum di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Syarahan Umum bertajuk The West-Islam Dialogue: Where are We and Where are We Going? telah disampaikan oleh Prof. John Obert Voll, seorang professor Sejarah Islam yang merupakan Pengarah Bersekutu Pusat Kefahaman Muslim-Kristian Putera Alwaleed bin Talal di Georgetown University.

Syarahan Umum ini adalah siri syarahan umum yang dibawakan oleh IAIS yang ditubuhkan pada Oktober 2007 dengan misi untuk memberi kefahaman mengenai Islam Hadhari dan visinya untuk kemajuan dan pembangunan di samping memperbetul salah tanggapan terhadap Islam melalui koloqium, penerbitan dan lain-lain media. Untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai IAIS layari laman webnya di http://www.iais.org.my/

Majlis itu dipengerusikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Institut Antarabangsa dalam Pengajian Kemajuan Islam (IAIS), Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali dan Timbalan CEO IAIS, Emeritus Professor Datuk Dr. Osman Bakar.

Syarahan ini berkisar mengenai hubungan Islam dan Barat ekoran dari peristiwa 9/11 dan persepsi Barat selepas itu. Prof. John Obert Voll memberikan gambaran hubungan Islam dan Barat pada ketika ini dan perkara-perkara yang harus menjadi keutamaan bagi menjamin hubungan baik Islam dan Barat pada masa hadapan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
X tau pulak ada IAIS buat kajian pasal Islam Hadhari, wow ini legasi Pak Lah..
Tanpa Nama berkata…
Aku dengar iais tu...baru aje stahun jagung..tp dh ada staf ramai..ada bgn sendiri hebat penangan islam hadhari..
Tanpa Nama berkata…
Janganlah sempit sangat smpai mengutuk usaha mereka, syabas tuan kerana memberi maklumat mengenai IAIS..
Ashlin berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
Saya tidak boleh berpegang kita sedang diperdaya oleh lelaki yang Afghanistan- pengetahuan tentang Islamnya adalah tidak munasabah, beliau sebenarnya telah memberitahu seseorang beliau berfikir janggut adalah adat! Bukan Sunna!! Tambahkan kepada yang, beliau plageruzed PAGES di atas halaman-halaman, perkataan demi perkataan daripada Adi Setia!! Jika anda tidak percaya saya, melihat ia naik. Dia satu keaiban untuk negara, kita ada ratusan sarjana-sarjana yang adalah lebih baik daripada dia, beliau hanya memperolehi kepada kedudukannya kerana beliau kerja dengan rakyat yang merupakan perhubungan-perhubungan....
Tanpa Nama berkata…
Saya tidak boleh berpegang kita sedang diperdaya oleh lelaki yang Afghanistan- pengetahuan tentang Islamnya adalah tidak munasabah, beliau sebenarnya telah memberitahu seseorang beliau berfikir janggut adalah adat! Bukan Sunna!! Tambahkan kepada yang, beliau menciplak muka surat di atas halaman-halaman, perkataan demi perkataan daripada Adi Setia!! Jika anda tidak percaya saya, melihat ia naik. Dia satu keaiban untuk negara, kita ada ratusan sarjana-sarjana yang adalah lebih baik daripada dia, beliau hanya memperolehi kepada kedudukannya kerana beliau kerja dengan rakyat yang merupakan perhubungan-perhubungan....

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?