Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Imej
Gambar Hiasan Setiap 31 Mei saban tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diraikan. Perayaan tahunan ialah bagi memberi maklumat kepada penduduk dunia tentang bahaya tembakau (merokok), amalan perniagaan syarikat-syarikat tembakau, apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membanteras wabak tembakau dan apa yang dapat dilakukan oleh penduduk dunia bagi menjamin kehidupan sihat untuk generasi akan datang. Tema bagi tahun ini ialah: BELIA BEBAS TEMBAKAU. Ada 4,000 jenis bahan kimia dan racun yang terkandung di dalam sebatang rokok termasuk racun tikus, ubat gegat dan bahan bakar. Setiap 10 saat, seorang akan mati bahana merokok. Bertambah ramailah yang jadi yatim dan ibu tunggal akibat ego siperokok? Sejak 1989, 31 Mei diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Kepada teman-teman yang masih merokok, seruan saya:cukup-cukupla tu..bawak-bawaklah bertaubat demi anak dan isteri..SELAMAT BERHENTI MEROKOK!

SEMINAR PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA: A SAMAD SAID

Imej
Sasterawan Negara atau kini mahu dikenali Sasterawan Rakyat Dato' A. Samad Said tidak pernah gagal memenuhi undangan samada majlis kecil atau besar tanpa mengira fahaman politik sipenganjurnya. Saya berkesempatan menghadiri SEMINAR Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Seminar anjuran Bahagian Teori dan Kritikan DBP ini telah berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2008. Sebanyak 35 kertas kerja telah diketengahkan. Walaupun tidak sempat menghadiri pada hari pertama dan terakhir kerana hambatan 'korporat', saya sempat menjengah pada hari kedua seminar itu. Apa yang menarik (jika boleh dianggap begitu) ialah jumlah kehadiran khalayaknya yang tidak memberangsangkan (lebih separuhnya adalah dari kalangan warga DBP sendiri!). Saya teringat kata-kata Puan Ainon (bos PTS) ketika forum di PBAKL 2008, bahawa orang politik (baca UMNO) kurang menghayati/menghadiri/mendampingi buku dan perbukuan, sastera, kesusasteraan da

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Imej
Cikgu Simah Asir di dalam kelas di tadika untuk kanak-kanak Orang Asli di perkampungan pedalaman berdekatan daerah Grik, Perak Darul Ridzuan. (Gambar ihsan UNICEF, Malaysia) Selamat Hari Guru! Pada 16 Mei setiap tahun, kita meraikan Hari Guru, walaupun bukanlah hari cuti umum, namun sambutan Hari Guru diraikan di peringkat kebangsaan dengan penuh meriah. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Sejak dari peringkat tadika hinggalah ke menara gading atau Universiti Alam (sebenarnya alam adalah guru yang paling ampuh), guru sering menjadi idola dan pemangkin ilmu kita. Malah kepercayaan terhadap guru sebenarnya lebih mengatasi kepercayaan kepada ibu bapa, ini kerana anak-anak lebih menyakini pengajaran guru walaupun si ibu

Apa Khabar Bahasaku? Apa Khabar Bangsaku? Apa Khabar Malaysiaku?

Imej
Dua foto yang serupa tapi tak sama! UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. UPNM terletak di Kem Sungai Besi, lebih kurang 20 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin pihak UPNM terlepas pandang atau kes 'tutup sebelah mata' ? Walauapapun masih belum terlambat, mungkin pegawai yang berkenaan 'gagal' memantau? Ini hanya contoh yang kecil dan terang-terangan (obviuos). Renungkan! TERBARU! Papan tanda berejaan 'NATIONAL' telah pun berganti- Catatan seperti pada 21 Mei 2008. Terima kasih.

Selamat Hari Ibu

Imej
Potret seorang ibu yang tabah dan cekal: Makcik Maimun Yusuf (calon tertua PRU ke-12) Hari Ibu bakal disambut pada 11 Mei 2008. Hari Ibu datang lagi seperti tahun-tahun sebelumnya, anehnya keghairahan menyambut Hari Ibu di Malaysia agak ketara sejak sedekad yang lalu, mungkin selepas adanya Kementerian khusus buat para ibu/wanita dan keluarga, agaknya lah! Walau apa pun panggilan kepada seorang ibu: ibu @ mama @ ummi @ mak @ amma @ maa @ mummy , atau apa sahaja gelaran kepada wanita yang melahirkan kita ke dunia ini. Hari IBU adalah suatu hari istimewa untuk kita meluahkan kasih sayang dan apresiasi kepada insan yang bergelar IBU. Tapi yang penting bukan harinya tetapi pengisiannya, adalah molek bagi setiap anak di dunia ini menghargai dan menyayangi ibu mereka bukan sahaja pada Hari IBU malah pada setiap hari, kerana jasa dan pengorbanan mereka tak mungkin terbalas oleh kita. Selamat Hari IBU!

Anugerah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2008 UNESCO/Guillermo

Imej
Anugerah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia UNESCO/Guillermo 2008 dianugerahkan kepada wartawan Mexico, Lydia Cacho Ribeiro (gambar ) kerana usahanya melalui kewartawanan penyiasatan (investigative journalism) mendedahkan penglibatan para politikus, ahli perniagaan, pengedar dadah dalam sindiket pelacuran dan pornografi kanak-kanak. Dilahirkan pada tahun 1963, Lydia Cacho Ribeiro adalah seorang wartawan di akhbar La Voz del Caribe, Mexico. Beliau sering menjadi sasaran ugutan bunuh kerana pendedahan berani beliau. Pada tahun 2006, dianugerahkan Francisco Ojeda Award kerana keberanian jurnalistik dan pada tahun 2007 anugerah Amnesty International Ginetta Sagan Award for Women and Children’s Rights. Diujudkan pada tahun 1997 oleh Lembaga Eksekutif UNESCO, anugerah tahunan diberikan kepada individu atau organisasi yang mempertahankan dan menggalakkan kebebasan bersuara di mana sahaja di seluruh dunia, terutamanya yang menyabung nyawa sipelakunya. Calon-calon dicadangkan oleh negara-negara ang

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pada 3 Mei setiap tahun ialah hari yang telah diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia sejak dari tahun 1993 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di seluruh pelusuk dunia, 3 Mei menjadi hari yang penting untuk memberitahu orang awam tentang pelanggaran hak dan kebebasan bersuara dan juga bagi mengingati dedikasi para wartawan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan maklumat dan berita-berita. Kebebasan akhbar adalah titik tolak hak asasi manusia dan jaminan bagi kebebasan-kebebasan yang lain, di samping menggalakkan ketelusan dan urustadbir demi masyarakat yang benar-benar adil. Selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia untuk teman-teman wartawan samada media cetak, elektronik, Kerajaan, badan bukan Kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan di negara tercinta ini. Teringat dedikasi dalam buku 'Hujan Pagi' Sasterawan Rakyat: Pak Samad Said yang berbunyi: 'wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati! Renungkanlah!