Anugerah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2008 UNESCO/Guillermo


Anugerah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia UNESCO/Guillermo 2008 dianugerahkan kepada wartawan Mexico, Lydia Cacho Ribeiro (gambar) kerana usahanya melalui kewartawanan penyiasatan (investigative journalism) mendedahkan penglibatan para politikus, ahli perniagaan, pengedar dadah dalam sindiket pelacuran dan pornografi kanak-kanak. Dilahirkan pada tahun 1963, Lydia Cacho Ribeiro adalah seorang wartawan di akhbar La Voz del Caribe, Mexico. Beliau sering menjadi sasaran ugutan bunuh kerana pendedahan berani beliau. Pada tahun 2006, dianugerahkan Francisco Ojeda Award kerana keberanian jurnalistik dan pada tahun 2007 anugerah Amnesty International Ginetta Sagan Award for Women and Children’s Rights.
Diujudkan pada tahun 1997 oleh Lembaga Eksekutif UNESCO, anugerah tahunan diberikan kepada individu atau organisasi yang mempertahankan dan menggalakkan kebebasan bersuara di mana sahaja di seluruh dunia, terutamanya yang menyabung nyawa sipelakunya. Calon-calon dicadangkan oleh negara-negara anggota UNESCO, badan-badan antarabangsa dan serantau.
Anugerah ini dinamakan sempena Guillermo Cano, penerbit akhbar Colombia yang dibunuh pada tahun 1987 kerana pendedahan aktiviti pengedaran dadah di negaranya. Sejak diujudkan, hadiah USD25,000.00 disumbangkan oleh Yayasan keluarga Cano dan Ottaway telah dianugerahkan kepada penerima berikut:
Anna Politkovskaya (Russian Federation, 2007), May Chidiac (Lebanon, 2006), Cheng Yizhong, (China, 2005), Raúl Rivero (Cuba, 2004), Amira Hass (Israel, 2003), Geoffrey Nyarota (Zimbabwe, 2002), U Win Tin (Myanmar, 2001), Nizar Nayyouf (Syria, 2000), Jesus Blancornelas (Mexico, 1999), Christina Anyanwu (Nigeria, 1998), Gao Yu (China, 1997).
p/s: Mahu kulihat ada wartawan dan Sasterawan yang bakal dianugerah seumpama ini. InsyaAllah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah kepada para pemenang Anugerah MPI baru baru ini.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?