HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Gambar Hiasan
Setiap 31 Mei saban tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diraikan. Perayaan tahunan ialah bagi memberi maklumat kepada penduduk dunia tentang bahaya tembakau (merokok), amalan perniagaan syarikat-syarikat tembakau, apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membanteras wabak tembakau dan apa yang dapat dilakukan oleh penduduk dunia bagi menjamin kehidupan sihat untuk generasi akan datang. Tema bagi tahun ini ialah: BELIA BEBAS TEMBAKAU.
Ada 4,000 jenis bahan kimia dan racun yang terkandung di dalam sebatang rokok termasuk racun tikus, ubat gegat dan bahan bakar. Setiap 10 saat, seorang akan mati bahana merokok. Bertambah ramailah yang jadi yatim dan ibu tunggal akibat ego siperokok? Sejak 1989, 31 Mei diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Kepada teman-teman yang masih merokok, seruan saya:cukup-cukupla tu..bawak-bawaklah bertaubat demi anak dan isteri..SELAMAT BERHENTI MEROKOK!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya amat yakin tuan bukan perokok. Harap betul terkaaan saya.
kuda berkata…
Hidup kakisakat!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN