Selamat Hari Ibu


Potret seorang ibu yang tabah dan cekal: Makcik Maimun Yusuf (calon tertua PRU ke-12)

Hari Ibu bakal disambut pada 11 Mei 2008. Hari Ibu datang lagi seperti tahun-tahun sebelumnya, anehnya keghairahan menyambut Hari Ibu di Malaysia agak ketara sejak sedekad yang lalu, mungkin selepas adanya Kementerian khusus buat para ibu/wanita dan keluarga, agaknya lah! Walau apa pun panggilan kepada seorang ibu: ibu @ mama @ ummi @ mak @ amma @ maa @ mummy, atau apa sahaja gelaran kepada wanita yang melahirkan kita ke dunia ini. Hari IBU adalah suatu hari istimewa untuk kita meluahkan kasih sayang dan apresiasi kepada insan yang bergelar IBU. Tapi yang penting bukan harinya tetapi pengisiannya, adalah molek bagi setiap anak di dunia ini menghargai dan menyayangi ibu mereka bukan sahaja pada Hari IBU malah pada setiap hari, kerana jasa dan pengorbanan mereka tak mungkin terbalas oleh kita. Selamat Hari IBU!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?