Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pada 3 Mei setiap tahun ialah hari yang telah diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia sejak dari tahun 1993 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di seluruh pelusuk dunia, 3 Mei menjadi hari yang penting untuk memberitahu orang awam tentang pelanggaran hak dan kebebasan bersuara dan juga bagi mengingati dedikasi para wartawan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan maklumat dan berita-berita.
Kebebasan akhbar adalah titik tolak hak asasi manusia dan jaminan bagi kebebasan-kebebasan yang lain, di samping menggalakkan ketelusan dan urustadbir demi masyarakat yang benar-benar adil. Selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia untuk teman-teman wartawan samada media cetak, elektronik, Kerajaan, badan bukan Kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan di negara tercinta ini. Teringat dedikasi dalam buku 'Hujan Pagi' Sasterawan Rakyat: Pak Samad Said yang berbunyi: 'wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati! Renungkanlah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?