Selamat Hari Guru, Cikgu!


Cikgu Simah Asir di dalam kelas di tadika untuk kanak-kanak Orang Asli di perkampungan pedalaman berdekatan daerah Grik, Perak Darul Ridzuan. (Gambar ihsan UNICEF, Malaysia)

Selamat Hari Guru! Pada 16 Mei setiap tahun, kita meraikan Hari Guru, walaupun bukanlah hari cuti umum, namun sambutan Hari Guru diraikan di peringkat kebangsaan dengan penuh meriah. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sejak dari peringkat tadika hinggalah ke menara gading atau Universiti Alam (sebenarnya alam adalah guru yang paling ampuh), guru sering menjadi idola dan pemangkin ilmu kita. Malah kepercayaan terhadap guru sebenarnya lebih mengatasi kepercayaan kepada ibu bapa, ini kerana anak-anak lebih menyakini pengajaran guru walaupun si ibu atau si bapa ialah guru juga, misalnya anak kecil saya (malah saya sendiri ketika di bangku sekolah rendah) akan menegaskan: cikgu cakap macam lain, bukan macam nilah! Tema Hari Guru pada tahun ini ialah: Guru Cemerlang, Negara Terbilang. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun ini diadakan di Bandaraya Melaka Bersejarah. Kepada semua teman-teman guru dan kepada semua guru-guru yang pernah mengajarku di peringkat mana pun: Selamat Hari Guru, Cikgu!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas ingatan 2..moga akan kita semua akan terus menghargai guru...
SIS berkata…
Terima kasih saja tidak dapat merakamkan betapa tingginya pengorbanan seorang guru..terima kasih tidak terhingga kpd Tuan kerana pernah menjadi guru saya..mengajar erti kehidupan sebenar

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN