SEMINAR PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA: A SAMAD SAID


Sasterawan Negara atau kini mahu dikenali Sasterawan Rakyat Dato' A. Samad Said tidak pernah gagal memenuhi undangan samada majlis kecil atau besar tanpa mengira fahaman politik sipenganjurnya.

Saya berkesempatan menghadiri SEMINAR Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Seminar anjuran Bahagian Teori dan Kritikan DBP ini telah berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2008. Sebanyak 35 kertas kerja telah diketengahkan. Walaupun tidak sempat menghadiri pada hari pertama dan terakhir kerana hambatan 'korporat', saya sempat menjengah pada hari kedua seminar itu.
Apa yang menarik (jika boleh dianggap begitu) ialah jumlah kehadiran khalayaknya yang tidak memberangsangkan (lebih separuhnya adalah dari kalangan warga DBP sendiri!). Saya teringat kata-kata Puan Ainon (bos PTS) ketika forum di PBAKL 2008, bahawa orang politik (baca UMNO) kurang menghayati/menghadiri/mendampingi buku dan perbukuan, sastera, kesusasteraan dan sasterawan. Pendapat peribadi saya, jika seminar yang sepenting itu, membicarakan tentang pemikiran Sasterawan Negara, hanya dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Sastera dan dihadiri oleh khalayak sedikit itu, saya kira DBP harus menswastakan penganjurannya. Saya teringat sekitar tahun lepas menghadiri Seminar 2 hari: Legasi Tun Razak dianjurkan oleh Akademi Pemuda dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan dihadiri oleh khalayak yang bukan sedikit. Memanglah itu seminar politik dan dirasmi oleh orang politik dan jika hal tersebut dapat dilakukan untuk menambah khalayak dan yang mampu bermanfaat daripadanya apatah lagi dengan tema Pemikiran A. Samad Said iaitu: Menjana Citra Peradaban Bangsa. DBP sebagai sebuah agensi Kerajaan yang antara lain bertanggungjawab memartabatkan Bahasa, Sastera dan Peradaban bangsa perlu mengambil langkah proaktif bagi menjamin agar Sasterawan Negara sentiasa menepati penganugerahanya. Penganjuran seminar sepenting itu, seperti 'asal ada' atau melepaskan batuk ditangga juga dikesan melalui ketiadaan buku-buku SN (SR) A. Samad Said ditawarkan samada untuk pameran mahupun jualan, malah kekecewaan khalayak yang hadir untuk mendapatkan buku-buku yang dikupas menghampakan misalnya tiada naskhah 'Sungai Mengalir Lesu' atau 'Ilham di Tepi Tasik (bukan terbitan DBP), DBP melalui sayap perniagaannya boleh mengambil daya usaha untuk memastikan karya-karya beliau ditawarkan untuk jualan samada terbitan DBP sendiri atau penerbit luar.

Adalah malang bagi DBP menganjurkan sesuatu berkaitan Sasterawan Negara tetapi gagal mem'bahagia'kan si tetamu yang dibincangkan!

Seperti yang diungkapkan oleh Sdr. Raja Ahmad Aminullah dalam SIASAH (18-24 Mei) yang lalu: "Kalau seorang Sasterawan Negara sendiri tidak dihormati oleh orang yang dianggap berilimu atau berintelektual, siapa lagi yang dapat kita harapkan. Bagaimanakah kita akan mengatasi kelesuan dan kejumudan budaya kita. Apakah kita berghairah dalam soal-soal seperti Akademi Fantasia dan politik seperti pilihan raya sahaja, sementara hal-hal yang berkaitan ilmu dipandang sepi'


p/s: Masih kuimpikan untuk mementaskan 'Wira Bukit' karya SR A. Samad Said, InsyaAllah.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
18 Mei 2008 7:16 PTG

Salam, apa punya terukla DBP 2, patutla masa kat PWTC, Pak Samad suruh sain petisyen...

Tanpa Nama
22 Mei 2008 8:07 PG

macam mana nak memartabatkan bahasa kalau macam ni sikap dan layanan....
Ding Dong..Ding Dong....org2 besar DBP bangun...bangun...check n balance ooii...

23 Mei 2008 5:37 PTG

Salam Tuan KakiSakat, lama tidak 'menyakat' sibuk agaknya. Apa perkembangan terbaharu.
---
Terima kasih pautkan laman saya di sini.

www.celikhuruf.blogspot.com

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger