APABILA POLITIK LEBIH MULIA DARI AGAMA!
Apabila kecoh mengenai penggunaan
kalimah Allah, saya turut menyokong usaha pihak-pihak termasuk Kerajaan untuk
mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya kepada umat Islam di negara ini.
Seingat saya, apabila The Herald mencabar Kerajaan di mahkamah
mengenai larangan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya, tentulah
Kerajaan akan terus bertegas mempertahankan isu kalimah Allah sehingga ke
titisan darah keimanan yang terakhir.
Namun, tanggapan saya ternyata
meleset begitu jauh, kurang pasti apakah pertimbangan membenarkan penggunaan
kalimah Allah di Sabah dan Sarawak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak
membenarkan penggunaanya dalam penerbitan seperti The Herald.
Apakah rasionalnya, mempunyai
dasar yang dwi standard seperti dalam penggunaan kalimah Allah ini?
Apabila Perdana Menteri sendiri
menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai di Sabah dan
Sarawak, saya geli dan gelak bergolek-golek, apa tidaknya rupanya peraturan di
Malaysia dipisahkan kepada peraturan di Semenanjung dan berbeza pula di Sabah
dan Sarawak!
Benarlah tohmahan pihak-pihak
luar bahawa keputusan melarang penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan seperti
The Herald sering dikaitkan dengan implikasi
politik dan bukannya bertolak daripada sentimen keagamaan yang tulin.
Jika benar-benar mahu mempertahankan
kalimah Allah, Kerajaan (baca: Barisan Nasional) seharusnya bertegas melarang
penggunaan kalimah Allah oleh semua mereka yang bukan Islam di mana-mana di
Malaysia, bukan seperti sekarang di mana penggunaannya ‘dibolehkan’ di Sabah
dan Sarawak.
Apakah agenda membenarkan
penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak,
adakah kerana bimbang kedua negeri tersebut yang merupakan ‘deposit tetap’ undi
Kerajaan akan beralih kepada pembangkang.
Malah jika Kerajaan benar-benar
serius untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam
termasuk di Sabah dan Sarawak dengan alasan percetakan kitab yang dibawa masuk
dari Indonesia telah menggunakan kalimah Allah adalah sangat dangkal.
Dengan teknologi dan permintaan
tinggi dan kuasa tawar menawar, pencetak di Indonesia boleh sahaja diminta
untuk mengubah perkataan ‘Allah’ kepada istilah yang lain selaras dengan
peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah Kerajaan.
Khabarnya, hampir 35,000 kitab
yang dicetak di Indonesia dibawa masuk dari sana yang telah sedia menggunakan
perkataan Allah, ianya boleh sahaja dipinda dan dipohon pinda jika ada
kesungguhan dan ‘iltizam’.
Agaknya Kerajaan yang ada
sekarang ini lebih takut dengan hakisan kuasa politik mereka daripada
mempertahankan kalimah Allah secara menyeluruh, jika dwi standard yang
diamalkan, maka adalah lebih baik penggunaan kalimah Allah dibenarkan kepada
semua atau mengharamkan penggunaannya kepada mereka yang bukan Islam secara
total.
Pilihannya adalah di tangan kita,
supaya tidak menjadi bahan lawak pihak-pihak luar dengan amalan dwi standard
yang membezakan sesuatu larangan!
Soalnya adakah pihak-pihak yang
lantang menyokong usaha Kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah oleh mereka
yang bukan Islam, faham mengenai ini, jika faham adakah akan mendesak Kerajaan
juga untuk melarang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam di
Sabah dan Sarawak juga, ada BERAN ke?
Ulasan