YANG KEBAL, YANG BEBAL

Ketika zaman kanak-kanak saya, kisah-kisah kekebalan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.  Tambahan pula jika ada teman-teman saya yang mengaku menyaksikan sendiri perlakuan ketika mengikuti ibu bapa mereka untuk tujuan perubatan.

Ketika belajar di negeri lain dan pulang sesekali ke kampong halaman dan terpaksa menjadi penghuni Pudu Raya ketika itu, saya juga tidak sunyi daripada kisah-kisah kebal ini.  Apa tidaknya parang yang diasah begitu tajam dan dicuba pada batang pisang yang putus dua dengan sekali libasan.  Namun ketika dicuba pada tangan sipenjual ubat, tiada apa yang berlaku.

Itu kisah kebal ketika zaman lampau saya.  Kini kisah kebal sang diplomat menjadi berita selepas dihadapkan ke mahkamah atas perlakuan jenayah.

Sebenarnya banyak kisah kekebalan sang diplomat yang tidak kita ketahui.  Para diplomat banyak berlindung di balik Konvensyen Geneva 1961 yang mengungkapkan “diplomat adalah diberi jaminan keselamatan dan tidak mudah terdedah kepada tuntutan mahkamah atau pendakwaan di bawah undang-undang tuan rumah, walaupun mereka masih boleh diusir”.

Kisah pegawai diplomat Malaysia yang dipinjamkan dari Kementerian Pertahanan kemudiannya dikhabarkan melakukan serangan seksual pada 9 Mei lalu, atas nama kekebalan diplomatik beliau dihantar pulang dua minggu selepas itu.

Namun itu yang dipersetujui pada tahun 1961, apabila para diplomat dan para petugas mengganggap amanah sebagai diplomat adalah juga untuk menjaga maruah negara, kini selepas lebih setengah abad rasanya para penduduk dunia tentulah tidak mahu para diplomat dilindungi kekebalan apatah lagi jika melakukan jenayah yang menggugat ketenteraman awam.

Usaha Malaysia untuk mengekstradisi dan menarik immuniti diplomatnya untuk menghadapi tuduhan adalah sesuatu yang sepatutnya telah lama dilakukan, kerana alasan bahawa si diplomat tersebut akan disoal siasat mengenai aspek keselamatan negara adalah sangat dangkal.

Usai kisah kebal, muncul pula cerita bebal.  Berita mengenai saranan menteri berfikiran aras tinggi yang menjaga hal ehwal ibu kota yang mahu menghukum peminta sedekah dan sipemberinya.  Nampaknya idea bebal si Menteri ini tidak begitu meyakinkan malah saranan mahu mengehadkan lokasi badan-badan kerajaan menghulurkan bantuan makanan juga mendapat tentangan.

Malah telah ada badan-badan kerajaan ini yang secara terang-terang menyatakan akan menentang larangan tersebut.

“Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga berpendirian bahawa menteri wilayah dan kesejahteraan bandar dan DBKL tidak berhak menetapkan jarak atau kawasan manakah yang dibenarkan bagi mana-mana organisasi untuk memberikan makanan percuma kerana aktiviti kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahupun DBKL.”

Alasan aktiviti agihan makanan ini mewujudkan kekotoran dan aspek kebersihan juga telah terang-terang disangkal bukan sahaja oleh badan-badan bukan kerajaan ini malah juga oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Mungkin selepas ini menteri berfikiran aras tinggi perlu membuktikan bahawa kejatuhan kehadiran pelancong ke ibu kota disebabkan aktiviti peminta sedekah dan kekotoran yang disebabkan oleh pengagihan makanan dimerata lokasi oleh badan-badan bukan kerajaan.  Jika tidak siapa pun boleh bercakap, tapi perlu juga disokong dengan fakta, ya lah sesuai dengan saranan oleh seorang menteri berfikiran aras tinggi!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
4 Julai 2014 6:55 PTG

ramai yg bebal...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger