ADAKAH BARAT MENGHORMATI ISLAM?


Sama ada kita sedar atau tidak bilangan populasi umat Islam sentiasa bertambah saban hari.  Di negara-negara barat pun ada para penduduknya saban hari menjadi saudara baru Islam.  Ini bukanlah sesuatu yang direka-reka namun fakta yang sering tidak digembar-gemburkan (downplay), satu lagi helah barat untuk tidak menonjolkan kebangkitan Islam.

Selepas lebih 1400 tahun Islam berkembang, kegusaran barat terhadap kuasa Islam memang tidak dapat diredakan.  Malah sejak akhir-akhir ini lebih menonjol apabila umat Islam terus diperlekeh sama ada secara sedar atau tidak.

Di Malaysia, sebagai sebuah negara yang Islam merupakan agama rasminya, toleransi agama memang agak tinggi, walaupun pertikaian mengenai rasis terkadang juga menjadi isu.  Kita tidak lagi pernah mendengar bagaimana isu antara agama berakhir dalam keadaan yang tragis. 

Malah beberapa tahun dahulu ketika isu ‘paria’ dalam novel SN Datuk Abdullah Hussain, Interlok diperkatakan banyak pihak, pihak kerajaan mengambil jalan yang tidak menyenangkan bangsa Melayu dan karyawan, namun akhirnya isu ini reda dengan sedikit ‘copy & paste’ sahaja.

Lain pula permainan barat (baca: bukan Islam) terhadap umat Islam.  Lihat sahaja bagaimana jadual Piala Dunia yang sedang berlangsung pada ketika ini.  

Sebahagiannya berlangsung dalam separuh bulan Ramadan, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan.  Secara peribadi tindakan barat ini sebenarnya adalah cabaran besar kepada umat Islam dan sepatutnya berterima kasih kepada barat.  Namun jika dilihat diantara garisan, ini adalah penyataan senyap barat kepada umat Islam – look who is the boss? 

Ini bukanlah kali pertama barat merancang acara universal seperti ini dalam bulan Ramadan yang mulia.  Malah satu lagi sukan yang disertai oleh negara-negara yang pernah dijajah British atas nama sukan komanwel juga bakal berlangsung pada minggu terakhir Ramadan.  Nampaknya selepas menjajah begitu lama, barat masih gagal memahami dan menghormati umat Islam. 

Memanglah penyertaan umat Islam tidak seramai yang bukan Islam, namun dalam laungan untuk kesejagatan dan menghormati sesama insan yang dilaungkan barat, pemilihan tarikh-tarikh acara sukan tidak begitu diberikan perhatian.

Sama ada barat sengaja atau tidak sengaja sukar untuk dipastikan namun dengan segala kecanggihan sistem dan peralatan tentulah tidak mustahil untuk menyemak tarikh Ramadan atau yang lain yang bersangkutan dengan sesuatu agama seperti yang dialami umat Islam pada masa ini.


Adakah jika sebuah negara seperti Malaysia yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel bertegas mahu mengadakan sukan berprestij tersebut ketika barat menyambut Hari Natal mereka, tentu dapat kita jangka apa yang bakal dilabel kepada negara kecil jiwa besar seperti kita.  Selamat meneka!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

1 Ogos 2014 8:12 PG

memang x de hormat langsung..tp kita ada Allah yg jaga...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger