MB SELANGOR: SIAPA JADI PILIHAN?

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah berlarutan sekian lama bakal berakhir dengan perlantikan MB yang baru pada hari Selasa nanti.  Khabarnya Istana Selangor telah mengedarkan kad jemputan bagi majlis yang dijangka diadakan pada pagi 23 September 2014.

Tiada siapa pun tahu siapakah yang bakal diperkenan oleh Sultan Selangor bagi memegang tampuk pemerintahan negeri termaju itu.

Beberapa nama timbul sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, antaranya yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat khususnya, PKR yang mencalonkan Presiden mereka, Datin Seri Dr. Wan Azizah.  Rakan sekutu mereka DAP juga mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah, manakala PAS walaupun menjadi sebahagian dari Pakatan telah memilih untuk tidak mencalonkan Datin Seri Dr.  Wan Azizah.

Khabarnya PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan beberapa nama daripada kalangan PAS sendiri, namun hal ini tidak dapat disahihkan.

Jawatan Menteri Besar Selangor menjadi rebutan apabila Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melepaskan jawatan sehingga beliau dipecat oleh partinya.  Maka jadilah negeri Selangor berMenteri Besar tanpa parti.

Selepas dipecat dan menyebabkan Sultan Selangor terpaksa memendekkan kunjungan ke luar negara dan menitahkan parti-parti PKR, DAP dan PAS memberikan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Sungguhpun begitu, DAP dan PKR masing-masing bertegas hanya memberikan nama Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai calon tunggal menimbulkan kemurkaan pihak Istana Selangor.

Malah apabila Ketua Umum PKR bertegas hanya satu nama sahaja disembahkan untuk dipilih sebagai Menteri Besar, pihak Istana Selangor telah menyelar dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Antara lain, “kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat.  Oleh yang demikian, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor”

Selepas isu memberikan hanya satu nama, kenyataan pihak Istana Selangor kepada Ketua Umum itu adalah satu lagi tamparan secara tidak langsung kepada imej Pakatan Rakyat yang dilihat semakin merudum.

Apakah selepas ditegur oleh Istana Selangor, PKR masih mahu dan berharap Datin Seri Dr. Wan Azizah akan diperkenan sebagai Menteri Besar Selangor.

Walaupun siapapun yang bakal menduduki kerusi Menteri Besar negeri termaju di Malaysia, ianya haruslah dilihat sebagai pengakhiran kepada kemelut yang telah berpanjangan begitu lama sejak Januari 2014 yang lalu.


Manakala Menteri Besar yang bakal diperkenan oleh Sultan Selangor pula walaupun daripada mana-mana parti sama ada PKR atau PAS mempunyai tugas berat untuk memenuhi aspirasi rakyat yang begitu lama terpinggir ekoran kemelut jawatan Menteri Besar ini.
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
20 September 2014 8:00 PTG

yg penting bkn mb remotecontrol

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger