PETRONAS PAYUNG & PAYUNG PETRONAS


Saya secara peribadi jarang mengisi di stesen minyak nasional – PETRONAS, kerana pengalaman peribadi bagaimana perkhidmatan pelanggan yang mengecewakan di stesen minyak tersebut.  Malah amat jarang mengunjungi stesen tersebut kecuali dalam keadaan terdesak.

Namun begitu bermula awal Julai lalu, saya kembali mengunjungi stesen Petronas, kerana anak sulong saya membuat kerja sambilan di stesen Petronas berhampiran kediaman kami.  Saya kadang-kadang terpaksa mengambilnya selepas selesai waktu kerja pada waktu malam atau kerana anak saya juga sudah boleh memandu kereta sendiri, maka stesen Petronas menjadi kunjungan kami semula.

Selepas beberapa minggu menjadi pengunjung stesen minyak Petronas, satu kempen payung pun bermula pada 20 Julai 2014 di mana para pembeli minyak petrol di stesen PETRONAS berpeluang mendapatkan payung edisi terhad mereka.

Dengan setiap isian RM20, satu cop akan diberikan.  Nanti dulu, proses untuk mendapatkan copnya pula agak mengelirukan.  Anda ke kaunter, bayar dan maklumkan nombor pam dan mendapat resit ‘prepayment’, kemudian datang semula untuk mendapatkan resit ‘final payment’.   Ini kerana untuk menebus payung, resit anda akan disemak bagi memastikan hanya resit ‘final payment’ sahaja layak digunakan.

Saya tidak pasti apakah rasionalnya untuk PETRONAS melakukkan demikian.  Namun dengan sedikit ilmu yang ada, saya dapat mengagak bahawa ini adalah memastikan bahawa tidak ada unsur ‘penipuan’ oleh pelanggan mahupun kakitangan. 

Itu hanya tanggapan saya.  Mungkin PETRONAS mempunyai alasan mereka sendiri.  Namun hal ini menyebabkan masa terbuang untuk kembali ke kaunter bagi mendapatkan resit ‘final payment’.  Namun demi payung maka hal ini dipendamkan sahaja oleh jutaan pelanggan PETRONAS.  Mungkin juga ini kaedah yang berkesan yang dicipta oleh PETRONAS bagi menguji kesetiaan pelanggan mereka.

Walaupun dalam kad penebusan (yang kadang-kadang sukar diperolehi) telah dinyatakan bahawa ‘tempoh pengumpulan cop adalah bermula 20 Julai sehingga 15 September 2014’ namun cubalah anda ke stesen PETRONAS bermula 1 September, hampir kesemua stesen yang saya kunjungi telah memberhentikan urusan cop dan pengagihan kad penebusan mereka.

Sebagai sebuah entiti nasional, usaha PETRONAS melaksanakan kempen memanglah dipuji kerana sambutan luar biasa (hatta seperti saya pun yang telah berhabis lebih RM1000.00) masih mempunyai resit tanpa kad penebusan atau resit dan kad penebusan yang masih belum mendapatkan payung.

Sungguhpun PETRONAS ‘berhak untuk membuat keputusan mengenai tafsiran Terma dan Syarat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan promosi ini’ namun sebagai pelanggan bukankah syarikat petroleum nasional itu mempunyai obligasi untuk memastikan bahawa kempen yang dilakukan benar-benar memberikan manfaat, keselesaan dan kepuasan kepada para pelanggan mereka supaya mereka tidak merasa tertipu dan ‘menyumpah’ syarikat minyak tersebut.

Mungkin kepada kakitangan PETRONAS atau pengurusan mereka, kempen payung atau apa-apa kempen hanyalah sekadar kempen, namun jangan lupa impak dalam setiap kempen juga harus diambilkira, respon para pelanggan dan ‘sumpah seranah’ mereka juga patut dimuhasabah.

Jika melihat kepada laman sosial rasmi syarikat minyak tersebut, tentulah ramai yang dapat melihat bagaimana PETRONAS melayan pelanggan mereka demi sekaki payung. 

PETRONAS, belajarlah bagaimana untuk melayan dan menghargai pelanggan anda.  Janganlah sampai ada yang mengucapkan I won’t complain. I just won’t come back seperti yang diungkapkan dalam iklan tembakau Brown & Williamson.  


(Nota Kaki: Saya masih mempunyai 1 kad penebusan yang belum berpayung dan resit-resit  tanpa kad penebusan!)
Share this article :
 

+ komen + 5 komen

Tanpa Nama
3 September 2014 11:50 PG

ramai jd hangin pasal payung ni..

3 September 2014 12:37 PTG

nampak sgt PETRONAS tak ikhlas...

anep
3 September 2014 3:16 PTG

ikhlas bkn urusan kita.yg penting janji ditunai..

4 September 2014 6:36 PTG

Takkan Petronas tak boleh estimate berapa banyak payung mesti disediakan sebelum promosi dilancarkan. Kalau rasa tertekan lain kali jangan berjanji dan cuba lari. Sedikit masa lagi, Petronas akan bagi alasan promosi tamat tempoh dan payung tak boleh claim lagi.Sekiranya ini betul-betul berlaku saya berharap rakyat Malaysia akan boikot beli minyak Petronas. Ini sebagai pengajaran kepada Petronas yang tidak peka dengan pelangan mereka.

Tanpa Nama
5 September 2014 12:00 PG

Nak betul estimate mcm mana kalau sblm ni pakai minyak lain..dpt tau petronas bg payung free limited edition,dan2 p isi minyak petronas. Mcm la dah confirm nak pakai payung tu nak payung jenazah sendiri. Payung je pun...kalau dpt minyak lebih takpa juga.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger