BISNES ALA SENTUH & PERGI!

Jika di Korea dihimpunkan para penduduknya yang bekerja dalam sebuah dewan dan dibaling 10 biji batu, nescaya 8 daripadanya akan mengenai jurutera.  Begitulah ramainya rakyat Korea berkerjaya jurutera.

Di Malaysia pula dewasa ini jika dikumpulkan penduduknya dalam sebuah dewan, hatta dua pertiga dari mereka adalah pengguna kad pintar Touch n’ Go! Manakala selebihnya sungguhpun tidak menggunakan secara aktif, namun sedar kewujudannya.  Begitulah berpengaruhnya Touch n’ Go di Malaysia.  Apa tidaknya, aplikasi Touch n’ Go juga terdapat dalam MyKad yang dimiliki rakyat Malaysia.

Dengan hampir 6 juta pengguna kad Touch n’ Go di negara kita , amatlah sukar untuk menafikan penggunaannya dalam kehidupan seharian kita. 

Anehnya, keghairahan yang ditunjukkan rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna Touch n’ Go tidak begitu dikongsi oleh pengendalinya.  Sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila berusaha untuk menambah nilai dan mengemaskini kad saya di KL Sentral.

Bayangkan sebuah pusatnya di KL Sentral beroperasi hanya pada waktu pejabat iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang, dan sehingga 1.00 tengahari pada hari Sabtu.  Ianya ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Saya hampir sahaja terkejut dan kembali semula sekali lagi bagi memastikan bahawa pusat ini benar-benar beroperasi pada waktu pejabat sahaja.  Ironinya,  masa operasi pusat ini adalah lebih teruk daripada waktu bekerja kakitangan awam bagi sebuah entiti swasta seperti Touch n’ Go.

Dengan kewujudan Kuala Lumpur Sentral sebagai sebuah hub pengangkutan yang menghubungkan perjalanan darat, laluan keretapi dan udara, dengan bilangan pengguna seramai lebih 150,000 setiap hari dan dilabel sebagai “penanda aras hab pengangkutan awam yang berjaya”  oleh Timbalan Perdana Menteri ketika merasmkikan sambutan ulangtahun ke-10 pada tahun 2011, keputusan waktu operasi pusat Touch n’ Go di KL Sentral amat mengecewakan.

Saya tidak begitu pasti berapakah sewa yang dibelanjakan oleh Touch n’ Go untuk pusatnya di KL Sentral, namun saya percaya ianya tentulah bukan satu jumlah yang kecil.  Dengan hanya beroperasi selama 47 jam saban minggu, tentulah sesuatu yang tidak begitu efisyen bagi sebuah syarikat pengendali yang mendabik diri mereka ‘kad untuk semua’!

Dengan hanya beroperasi selama 2 hari bagi setiap minggu, adakah keputusan waktu operasi pusat Touch n’ Go di KL Sentral dipengaruhi oleh keputusan perniagaan atau sekadar mengadakan sahaja. 

Bagi sebuah entiti seperti Touch n’ Go yang mempunyai pelanggan yang ramai, tentulah masa beroperasi pusat mereka boleh dipanjangkan.  Jikapun bukan atas perkiraan perniagaan semata-mata, tentulah juga boleh dianggap sebagai satu perkhidmatan nilai tambah kepada orang ramai.

Jikapun terdapat banyak lagi tempat menambah nilai Touch n’ Go yang dikembangkan dari masa ke semasa namun urusan di pusat milik mereka sendiri tentulah mencakupi urusan-urusan yang tidak terdapat pada premis-premis biasa yang menawarkan khidmat tambah nilai pada kad Touch n’ Go.

Saya tidak pasti siapakah yang membuat keputusan ‘bodoh’ yang membenarkan sebuah pusat dalam hab yang begitu sibuk dengan trafik yang tinggi membenarkan masa operasi pada waktu sekarang.

Mungkin Ketua Pegawai Eksekutif Touch n’ Go yang baru patut melihat semula waktu operasi pusat di KL Sentral yang saya sifatkan sebagai penghinaan bukan sahaja kepada para pelanggan yang menggunakan KL Sentral malah kepada imej KL Sentral itu sendiri.


Saya tidak bermaksud untuk meminta pusat Touch n’ Go di sebuah hab pengangkutan seperti KL Sentral beroperasi 24 jam seperti  Pusat Apple di Fifth Avenue New York.  Cukuplah jika ianya dilanjutkan sehingga jam 9 atau 10 malam dan dibuka 7 hari seminggu!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

1 Oktober 2014 8:11 PG

saya sokong ia dibuka di luar waktu pejabat ...

Tanpa Nama
1 Oktober 2014 8:33 PG

cam gmapang je..sy penah juga pergi tapi hmpeh..

Tanpa Nama
1 Oktober 2014 11:36 PG

tu bkn bodoh tp bangang tahap gaban...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger