MERDEKA MALAYSIA KU!


Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh...merdeka merdeka negaraku merdeka. Itulah bait-bait lirik lagu Tanggal 31 yang pernah dipopularkan oleh arwah Sudirman Hj. Arshad. Telah 51 tahun negara ku merdeka.

Merdeka ini apalah ertinya jika sekadar laungan tanpa semangat. Merdeka ini apalah ertinya monolog tanpa penamat. Selepas 51 tahun merdeka kita masih teraba-raba mencari formula perpaduan. Menyatu pelbagai kaum di negara tercinta ini, yang masing dengan ego dan naluri peribadi. Tema perayaan tahun ini ialah: Perpaduan Teras Kejayaan.

Selepas mengharungi lebih setengah abad dengan erti merdeka yang pelbagai, negara kita telah melalui pelbagai peristiwa yang manis dan pahit, misalnya peristiwa 13 Mei. Benarlah seperti kata-kata negarawan mencapai kemerdekaan bukanlah mudah tetapi mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara adalah lebih sukar dan mencabar. Kepada semua teman, sahabat dan rakan serta kenalan, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51, semoga kita akan sentiasa dalam kemerdekaan ertikata yang sebenarnya. InsyaAllah. Amin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Merdeka la negara ku merdeka! Salam merdeka untuk tuan juga.
Tanpa Nama berkata…
Ke mana merdeka negara ku...moga merdeka selamanya!
Kibaran Jalur Gemilang saban tahun semakin dingin. Apa ke hal nyer nih? Kurang subsidi bendera dari kerajaan kah?
Rahimin Idris berkata…
kemerdekaan bangsa adalah kemerdekaan jiwa -- karl marx.

merdeka, bro!
abe MIE 'TERJAH' berkata…
http://pkrpasdap.blogspot.com

merdeka malaysia

atau mereka malaysian?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?