ADAKAH KITA BANGSA YANG TERLEWAT?

Saya tidak pasti mengapa saya memilih untuk menulis mengenai tajuk di atas, tetapi secara jujurnya saya amat terganggu dengan sikap dan pendirian kita semua khususnya si pemegang tampuk kuasa samada kepimpinan tertinggi mahupun agensi-agensi yang diberi amanah dan mandat terhadap sesuatu bidang tugas dan kepakaran.

Yang terbaru ialah usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) membawa pulang jenazah Mariam Johari,wanita yang meninggal dunia di Korea Selatan selepas terkandas di negara itu selama 64 tahun. Saya bukanlah mahu mempertikaikan usaha murni JAKIM ini tetapi kewajarannya tidak mengambil usaha untuk membetulkan akidahnya yang dikhabarkan membuat wasiat untuk dikebumikan secara Kristian. Bukan tidak pernah Mariam menjejakkan kakinya di bumi Malaysia, malah telah kembali ke Malaysia, pada September 2007. JAKIM seolah-olah tidak peka atau buat-buat tidak tahu (alasan lazimnya: tiada permintaan dari ahli keluarga!).

Apabila Mariam Johari meninggal dunia pada 5 September 2009, JAKIM dengan segala kesungguhan menguruskan mayat dan menyempurnakan, tentulah suatu yang harus dipuji tetapi bukankah ini usaha yang terlewat!

Kita tidak lupa bagaimana perbalahan melibatkan jenazah di antara pihak berkuasa agama dan keluarga si mati mualaf. Apakah tidak ada usaha yang sistematik terhadap mualaf hingga perlu menunggu kematian baru hendak dikebumikan secara Islam?

Malaysia jarang menghargai atau mengambil berat mengenai seseorang sewaktu hayatnya dan mulalah terhegeh-hegeh memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah mati: lihat sahaja apa jadi kepada P. Ramlee atau arwah Sudirman Hj. Arshad atau pejuang-pejuang kemerdekaan. Contoh terbaik lihat sahaja bagaimana Yang Berhormat kita ‘berlakon’ dalam Bersamamu TV3! Kita tidak berbudaya proaktif.
Share this article :
 

+ komen + 6 komen

ustazah
25 September 2009 10:42 PTG

salam tuan, sedihnya memikirkan bagaimana seorang ibu terpisah begitu lama dari anak-anak!Kerajaan patut proaktif!

ajis
25 September 2009 11:27 PTG

salam tuan. saya setuju dgn pandangan tuan, YB kita hanya datang ziarah org dlm kawasan DUN mereka bila dipaparkan..ha ha ha...lawak 1Malaysia ..

26 September 2009 2:37 PG

Sdr. Tidakkah memuatkan foto dari blog org tanpa memaklumkan kepada empunya foto itu suatu perlangaran privasi?

iffah
27 September 2009 12:07 PG

gambar yg mana 2 bang..mungkin tuan sakat tidak perasan..harap maklum dan mohon dimaklumkan foto yg mana..ketidaksengajaan harap dimaafkan..

nasser
27 September 2009 12:11 PG

Salam tuan Marsli, harap maklumkan gambar yg mana..saya akan betulkan dan beri kredit sewajarntya..harap maaf

ishah
27 September 2009 8:04 PG

salam tn ks..setuju sgt dgn tuan..tp tak setuju dgn tajuk 'kita bangsa yang terlewat'.. lebih baik lewat dr tak hargai@buat langsung..kita sering leka dan lupa..itu punca utama..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger