OPS SIKAP ATAU OPS UBAH SIKAP?

Salah sebuah poster JKJR - Gambar Hiasan

Selama lebih lapan tahun Ops Sikap diperkenalkan sejak 2001, ianya telah masuk ke edisi 20 pada musim perayaan Aidil Fitri tahun ini. Ironinya angka kematian pada edisi ke 20 ini jauh lebih tinggi malah dilabelkan antara yang kedua tertinggi setakat ini selepas kadar kematian pada Ops Sikap ketiga pada Disember 2002, dengan purata kematian seramai 18.7 orang sehari.

Secara peribadi Ops Sikap sampai bila-bila pun tidak akan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi kerana kurangnya penguatkuasaan yang efektif. Semasa perjalanan pulang ke kampung baru-baru ini, deretan kereta yang menggunakan laluan kecemasan tidak putus-putus hingga menyebabkan pertanyaan dari anak-anak saya, apa dah jadi, tiada polis ke untuk menyaman mereka!

Selagi agensi-agensi penguatkuasaan tidak mampu untuk menguatkuasa, saya rasa eloklah Ops Sikap ditangguhkan buat sementara, sekurang-kurangnya sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) memikirkan bagaimana tahap penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih efektif.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengungkapkan secara sinis; "Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.". Mengapakah hal ini terjadi – kurangnya penguatkuasaan yang efektif.

Budaya retorik di Malaysia memang amat dipuji, kita seboleh-bolehnya memberikan istilah yang lunak bagi setiap tindakan kita, itulah hasilnya Ops Sikap yang sepatutnya diubah menjadi Ops Ubah Sikap!

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pula, sementara menunggu untuk melaksanakan Ops Ubah Sikap yang berikutnya (selepas berpuas hati dengan kaedah penguatkuasaan, boleh melancarkan pertandingan merekabentuk setem Ops Ubah Sikap, sekurang-kurang sikap tekun dan teliti rakyat Malaysia dapat diaplikasikan dalam Ops Ubah Sikap yang akan datang! Ooops itu sekadar cadangan…
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

ustazah
29 September 2009 10:35 PTG

salam tuan, pandangan yang kritikal dan sinis, mungkin akan membuka mata pihak2 berkenaan..

ishah
30 September 2009 1:36 PTG

cuba tak yah buat apa2 ops!!..tgk statistik..ada ops dgn tak de ops...mana lebih tinggi kadar kemalangan..br boleh nilai ada ops (tak kira la apa2 jenis ops pun) lebih baik atau sebaliknya...kadang2 bila ada undang2 lebih ketat org lebih memberontak dan nak tunjuk belang...sikap yang tak mahu berubah mmg susah...bukan saja diri sendiri tapi org lain pun terbabit sama...

asamanis
1 Oktober 2009 10:54 PG

salam tn..tak de cerita pasal persidgan antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia ke..dgr cam hebat..bagus la bahasa melayu dimartabatkan..DBP kena kerja keras nampaknya..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger